CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29360|Reply: 299

Aliff Aziz 'Kantoi' Bella Dedah Kereta Ada GPS, Perakam Dengar Perbualan Tak Senonoh - “Aliff Dah Lebih 8 Kali Ke Pavilion Suites”

  [Copy link]
Post time 4-4-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode





Selepas berusaha menutup aib suami, Aliff Aziz dan rakannya, Ruhainies, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akhirnya buka mulut dengan pendedahan demi pendedahan.


Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mendakwa, dia tidak pernah menyangka sahabat baiknya mengkhianati dirinya dengan menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.


Bella mendakwa, Aliff pernah ke rumah Ruhainies lebih lapan kali dan mempunyai bukti perbualan tidak baik mereka dalam kereta.


"Saya tak pernah kongsi, kereta yang Aliff guna adalah hadiah pemberian saya. Sebab kereta di bawah nama saya, jadi ada Sistem Pengesanan Global (GPS).\


"Bukan saya pasang untuk perhatikan pergerakan Aliff, tapi saya percaya orang lain pun pasang takut kereta hilang.


"Aliff selalu tak balik rumah, tapi tak pernah saya kongsi dalam Instagram (IG). Saya mula perasan Aliff berubah selepas 'shooting' dengan Ruhainies.


"Rakan di lokasi juga cakap mereka merasakan Aliff dan Ruhainies ada sesuatu, tapi saya tak percaya sebab Ruhainies adalah kawan baik saya. Ada juga Ruhainies terlepas panggil Aliff 'baby'.


"Dia adalah sahabat yang sentiasa mendengar keluhan saya, kami pernah bercuti ke Korea Selatan dan duduk sebilik.


"Jadi, pada saya itu mustahil. Sebenarnya, adik dan kakak angkat ada menyatakan perkara sama dan merasakan ada sesuatu selepas melihat IG, tapi saya cakap tidak. Jangan berikan saya fikiran negatif," dakwanya.


BH Online masih berusaha mendapatkan reaksi Aliff dan Ruhainies terhadap dakwaan dibuat Bella.


Namun, Bella mendakwa, dia kuatkan semangat untuk buka GPS dan dari situ, mengetahui Aliff sebenarnya menipunya berkali-kali.


"Aliff pergi ke rumah Ruhainies di Pavilion Suite lebih lapan kali. Kalau nak tuduh saya perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka di sana?


"Saya rasa lebih lapan kali Aliff dijejaki berada di sana. Jadi, bila saya mencari ibu Aliff sebenarnya saya mahu menyelamatkan Aliff daripada pergi ke rumah Ruhainies.


"Sebab saya tahu siapa di belakang Ruhainies. Siapa orang yang menjaganya. Saya tak mahu orang yang menjaganya simpan dendam dan sebagainya.


"Jadi, saya selalu takut bila Aliff tak balik rumah. Bila saya sudah mula sangsi dan nampak Aliff ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies. Dia buat-buat terkejut.


"Ruhainies kata tak tahu, tapi bila saya lihat lokasi Aliff, mereka bersama. Dia juga tipu saya mengatakannya tinggal di Four Season.


"Kalau dia sahabat saya, kenapa nak menipu? Saya bukan sekadar cakap, tapi ada bukti," dakwanya.


Berikutan itu, Bella berharap Ruhainies dan Aliff berhenti menutup penipuan dan mencari kesalahannya untuk melenyapkan kes khalwat mereka.


"Sekiranya Ruhainies ingin menjatuhkan saya, percayalah kuasa Allah lebih besar daripada kuasanya.


"Orang juga boleh menilai, netizen sekarang bijak. Sebenarnya, saya nak simpan semua ini dan bercerai secara baik.


"Tapi, mereka tidak habis-habis dengan muat baik hantaran dalam laman sosial. Sedangkan aib yang saya simpan bertahun-tahun lagi besar. Tak mengapa di bulan Ramadan ini, Allah Maha Besar," katanya.






Bella percaya Ruhainies akan merasai seperti apa yang dilalui suatu masa nanti dan kebenaran juga akan terbukti.


"Kepada Ruhainies, awak jangan ingat itu adalah kali pertama Aliff datang ke rumah awak. Saya ada semua bukti.


"Saya pernah bincang dengan peguam dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), saya akan gunakan bukti ini di mahkamah.


"Kepada Ruhainies terima kasih banyak-banyak sebab awak, anak-anak saya kehilangan bapa. Terima kasih juga Aliff sanggup menipu untuk nampak awak tidak salah.


"Tapi, saya percaya salah tetap salah dan orang akan ingat sampai bila-bila kes khalwat ini.


"Antara Ruhainies dan Aliff juga ada perbualan tidak senonoh. Saya letak perakam dalam kereta, saya nak cakap pun malu, tapi mereka berbual perkara kurang baik.


"Jadi, jangan menidakkan sebab Ruhainies kata saya kawan baik, sekali pun saya tak pernah nampak mereka bermesej atau telefon," dakwanya.


Dalam masa sama, Bella turut mendedahkan Aliff pernah memohon bercerai pada 14 Februari lalu dan sekali lagi meluahkan keinginan sama pada 31 Mac lalu selepas selesai penggambaran drama.


"Aliff mengaku sudah tiada perasaan dan tak rasa apa-apa. Saya pelik kenapa tiba-tiba dan masa itu, saya memang tak tahu kewujudan Ruhainies. Saya merayu dan pujuk Aliff.


"Jujurnya, sepanjang menanti hari bercerai, saya bagaikan tiada semangat. Kemudiannya, Allah tunjukkan kes khalwat, rupanya itulah jawapan dan sebab Aliff tak balik rumah dan mahu bercerai.


"Kalau sekali curang mungkin kita anggap kesilapan dan boleh memaafkan kerana semua orang buat silap. Tapi, kalau sudah 11 kali curang, mahkamah syariah jawapannya," katanya.


Bella mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K Town, Radia Gallery, di sini, semalam.


Sementara itu, Bella mengakui terkejut apabila ibu mentuanya, Siti Hafizah Basharahil bertindak 'unfollow' dalam Instagram (IG), sekali gus seolah-olah menyimpan perasaan dendam terhadapnya.


Bella mendakwa, ibu mentua yang disapa Umi turut memburukkan namanya seolah-olah Aliff berada di pihak benar.


"Maksudnya, pengorbanan saya selama 10 tahun ini hanya sia-sia bila Umi percaya Aliff dan Ruhainies hanya berkawan.


"Umi turut hubungi rakan sekolah Aliff untuk memburukkan saya. Saya kenal mereka ketika bercinta dengan Aliff dan percaya mereka boleh menilai apa yang saya lalui.


"Rakan-rakan beritahu Umi tiba-tiba hubungi mereka dan nak datang ke rumah hanya untuk mengaibkan saya.


"Bayangkan orang yang sentiasa mengeluarkan ayat-ayat Islamik dan saya hormat, boleh mengutuk saya.


"Dia boleh cakap, 'nak kata Bella penyanyi hebat tidak juga, pelakon hebat pun tak juga'. Apa salah saya sampai perlu cakap seperti itu sedangkan saya jaga Aliff selama 10 tahun," dakwa Bella.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 12:53 PM | Show all posts
sila dedahkan perbualan tak senonoh tu netizen sedang menunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat ga kemut dok kat pavillion suites..kayo tak padan kemut
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
go bella go
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku ingatkan kne tikam oleh kwn baik dh sakit sgt2 tp rupanya ditikam adik sdri lg sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu diaaa....mmg dah mengesek la khenn...8 kali x kan sembang teman mkn je kott
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2024 12:57 PM | Show all posts
vvip mana bapak gula si kemut?
orang politik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku berminat pulat part
"Sebab saya tahu siapa di belakang Ruhainies.  Siapa orang yang menjaganya...."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 12:59 PM | Show all posts
Go Bella go.

Keluarkan semuanya sampai dua ekor tu takde tempat nak sembunyi
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 4-4-2024 01:01 PM





Aliff ni takda kereta ke ye? Sbb kereta yg dia guna tu pun keta bella tu pasal ada GPS bagai.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
beatgirlX replied at 4-4-2024 12:59 PM
Aku berminat pulat part
"Sebab saya tahu siapa di belakang Ruhainies.  Siapa orang yang menjaganya.. ...

Aku harap Bella dedahkan..

Alip ni org yg kebrp dah ko rasa ruhainis..selain bapak gula ko
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-4-2024 01:00 PM
Aku harap Bella dedahkan..

Alip ni org yg kebrp dah ko rasa ruhainis..selain bapak gula ko

Kann.. Kalau betul ada bapak gula no wonder la blh hidup mewah padahal job so so je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:06 PM | Show all posts
oh mcm drama perempuan itu ada rekod tu eh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 4-4-2024 12:53 PM
Dasat ga kemut dok kat pavillion suites..kayo tak padan kemut

kan bella dh hinting si kemut tu ada sugar daddyyy, bodohnya sugar daddy tu, takat rupa & body kemut tu pun nk jaga ke, berlambak model2 yg lagi lawa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:09 PM | Show all posts
8 kali makan malam bersama

sapa penjaga ruhainis tuh agaknya?

pavi suites oiiii bukan calang orang boleh duk situ....

diam2 bawak balik alip pulak... pompuan ooooo pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:10 PM | Show all posts
bella oo bella
cukup2 la salahkan pompuan lain dan orang lain
alip sendiri yg buat perangai xingat tuhan dan ko sendiri pernah pilih nak bertahan
gunakan akal yg waras dan fikir lah rasional
toxic sgt circle ko ni
toksahla besarkan anak dgn dikelilingi org2 toxic ni
sian kt anak
cari la bapa lain yg lebih baik utk anak tu
bagi je la alip tu kt mak dia balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 01:12 PM | Show all posts
Takkan kemut bwk balik alip bapak gula dia buat x tau ja. Nengok ja? Mcm susah nak pecaya. Vip mesti la ada spy n mata2 duk perhati kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling bongok drama saga kemek-putik ni, apala yng kemek hadap sangat dengan putik ni? Sampai sangguo kena curang tmasikndgn adik sndiri pun hadap lagi. Kemek adalah tipikal emak yang kalau anak ppuan kena rogol dgn laki, dia pilih laki buang anak. Takut sangat jadi janda? Takut org dh tak jemput pergi event2? Takut dah tak glamor?

Yang si putik bongok tu. Kalau betul dh bgrau bella bln 2 lagi nak bpisah nape tak failkan terus divorce? Nak tggu kemek failkan? Dah tentu kemek tak nak.

Bodo btingkat2 2 manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:18 PM | Show all posts
aliff dah 11 kali curang, dah tak sayang ko, cakap nak cerai

ko tunggu apa lagi bella woi

elok sgt ke anak anak ko ada bapa camtu ?

oops lupa…..ko nak buat PC , nak simpati, nak dapatkan job
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bila mcm ni adakah apak gula yg buat aduan sbb nyampah penat membela..bleh pulak kemut bawak balik jantan lain..gituh iols speku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.092210 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list