CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16996|Reply: 118

“Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” – Mahu Buat Aliff Cemburu, Bella Ulas Hubungan Dengan Muaz Zubir & Akui Khilaf

  [Copy link]
Post time 3-4-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan penjelasannya berhubung tangkap layar perbualan, foto dan videonya bersama pelakon baru, Muaz Zubir yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Menurut Bella, tujuan asal dia bersama Muaz adalah semata-mata untuk membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu didakwa curang dengan dua orang wanita.

“Sebenarnya sejak semalam saya mengetahui perkara ini daripada rakan-rakan terdekat dan netizen pun ada bercakap.

“Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?

“Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.

“Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain yang tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cemburu,” katanya.

Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis Iftar Ravaka yang berlangsung di K-Town Korea BBQ, Bukit Jelutong pada Rabu.

Bella bagaimanapun akui niatnya itu mungkin kurang baik dan dalam pada masa mahu membuat suaminya cemburu, dia melakukan kesilapan.

Malah perkara itu berlaku pada tahun lalu dan diketahui oleh Aliff dan juga keluarga.

“Budak lelaki ini baik dan bila kita tak rasa dihargai, dan rasa macam sampah jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa, dan ini adalah kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.

“Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura, dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Penang jadi tiada masalah apa-apa.

“Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kena taubat.

“Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” katanya.

Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran bersama Ruhainies.

“Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar password. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat itu, mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.

“Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.

“Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban,” katanya.

Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.

“Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Pendedahan yang dibuat akaun itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.

Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

Pada hantaran sama, akaun itu turut memuat naik swafoto mereka yang kelihatan begitu romantis.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh gila alasan...nk buat suami cemburu ko pulak letak level sama dgn laki ko...serius bodoh...laki curang..ko pun curang gitu?...bongokkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi lalu kat tiktok dia kata alif curang dengan adik dia erika astillah.. Pehhhh... Malas aku nak mencarut aihhh... Baru lepas buka puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ko dengan laki ko takde beza astilah oiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh nasib baik i team bella rupanya kes lama saja buat alip jeles, dah setel dah pon, kiranya alip dah faham etc etc, tp alip gunakan “bukti” palsu tu utk kena kan bella smula. Jht yach alip ni. Tu pon ramai acik porem sokong heols
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 3-4-2024 08:31 PM
Fuhhh nasib baik i team bella  rupanya kes lama saja buat alip jeles, dah setel dah pon, kirany ...

tu la kot aib yg mak alipbata dok canang2 tu...sambil diskong kluarga kemut...elok nyahhh la deme ni..perosak industri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
alasan saja tu...jahat mana laki ko, bila ko jalinkan hubungan dgn jantan lain semasa ko bergelar isteri, habis tersuci jahat laki ko, ko yg akan tanggung tahik² kejahatan laki n nko sdri..

silap hb semua endorsement akan kena tarik balik lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah kayak sinetron....malu giler anak2 korang dah besar google pasal korang laki bini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan pertama ke mende.. Kesilapan yg ko buat tuk diri ko dik bella berkali2 ya.. Seedihh achik baca kisah ko ni. Paling sedih anak2 ko ngn lelaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
“Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?

SEBAB MULUT LAKI KAU TAK MACAM KAU
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 3-4-2024 09:30 PM

semak la kisah lakibini curang atasbwhkirikanan nii

rkyat dh start henjin nk balik raya jmpa sanaksedarala hoiiiiii

konsetle la hal lakibini nvrending semak aaahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 mental
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 3-4-2024 08:31 PM
Fuhhh nasib baik i team bella  rupanya kes lama saja buat alip jeles, dah setel dah pon, kirany ...

Lelaki tkde dosa yg buat dia masuk neraka sbb anak, isteri, mak, adik bradik yg tarik masuk neraka


puikkkkkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak raya nih dah kenapa kuar mcm2 cerita plak.
Akak dah risau nk wwwwe plak tak lama nih

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 3-4-2024 08:31 PM
Fuhhh nasib baik i team bella  rupanya kes lama saja buat alip jeles, dah setel dah pon, kirany ...

Akak tak sangka juga bila baca dia ngaku dan berterus terang.
Akak ingatkan sampai ke raya haji pun netizen takkan tahu apa2 maklumla artis kan selalunya terus sembunyikan diri.
Elok2 ja semua cerita tersimpan dah abis diluahkan.
Dah main serang2 peribadi plak ye, tulah sapa suh sapu banyak job.

Jd sapa yg pi dedahkan semua ni? Takkan alif, dia kan pencurang yang baik sama mcm datuk merah tu scammer yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii aku doakan semua yang baik2 sahaja la..ambik iktibar apa ptt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemon bella. Dah alang2 teh tumpah, tumpahkan 1 dispenser terus. Cerita je segala details 11 kali kecurangan alif. Korang punya wedding anniversary lagi kurang dari angka 11 tu.
Hmm..benda pon da jadi. Patut first cerai aritu ko move on je takyah nak rujuk bagai. Ni sampai share putik jgn adik kandung sendiri. Ni kira sumbang mahram ke camne? Kata ada  semua bukti gi buat report la bella. Kan ada akta pihak ketiga tu. Dak muaz tu lagi handsome & muda drpd matrep singapore. Report je la semua 11 kes tu. Dah alang2 aib terbuka, buka je semua.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
datinB replied at 3-4-2024 12:26 PM
ko dengan laki ko takde beza astilah oiii

so kita nak kata sekufu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-4-2024 08:00 PM
Bodoh gila alasan...nk buat suami cemburu ko pulak letak level sama dgn laki ko...serius bodoh...lak ...

Dah poen gatal, still salahkan org lain. Jijik kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah gambar nak bercium bagai, agak-agak kangkang sekali tak tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080932 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list