CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5289|Reply: 0

[Pahang] 'Rakan tanya Datuk Seri nak pakai duit berapa, saya cakap WhatsApp digodam'

[Copy link]
Post time 3-4-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode

FAUZI menunjukkan mesej yang diterima rakannya. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Pengerusi Bukan Eksekutif MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman meminta ahli keluarga dan rakan kenalan yang menerima mesej terutama berkaitan kewangan melalui aplikasi WhatsApp supaya mengabaikannya.

Beliau berkata, langkah itu untuk memastikan mereka yang mengenalinya tidak terpedaya dan mengalami kerugian kerana telefonnya melalui aplikasi WhatsApp digodam sejak Sabtu lalu.

Katanya, kejadian itu mula dikesan selepas dihubungi beberapa rakan yang bertanyakan jumlah wang yang diperlukan beliau, Ahad lalu.

"Rakan tanya Datuk Seri (saya) nak pakai duit berapa dan saya cakap WhatsApp digodam selepas tidak dapat membuka aplikasi itu.



"Sebenarnya, saya dapat satu pautan kononnya dari Pejabat di Jabatan Perdana Menteri yang mengajak menyertai ceramah dan dalam tempoh 30 minit selepas menekan pautan itu, saya tidak boleh membuka WhatsApp.

"Disebabkan bimbang ramai rakan akan menjadi mangsa scammer, saya kemudiannya membuat laporan polis, Ahad lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Fauzi yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut dibuat.

Katanya, beliau terpedaya kerana sangat berminat untuk mendengar ceramah tetapi sebaliknya berlaku hingga menyebabkan whatsApp tidak lagi boleh dibuka.

"Saya tidak mahu rakan atau mereka yang mengenali saya tertipu dan pada masa sama scammer menggunakan nama agensi kerajaan lain selepas ini. Saya harap pihak berkuasa dapat menahan dan menghukum scammer terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-whatsapp-digodam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.203301 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list