CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5234|Reply: 0

[Kelantan] Minta semua imam kampung buat solat istisqa'

[Copy link]
Post time 3-4-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode

PENGERUSI Kada Muhamad Husin bersama kakitangan Kada dan petani mengadakan solat istisqa’ bagi memohon hujan di Pam Kemubu, Kampung Kemubu, Ketereh di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Kelantan menyarankan imam di semua kampung negeri itu supaya mengadakan solat istisqa' bagi memohon hujan, susulan kemarau teruk sehingga memusnahkan tanaman padi.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, solat sunat itu sebaiknya disaran dilakukan di kawasan padang di kampung masing-masing.

"Hari ini saya mengambil kesempatan untuk menyeru masyarakat Kelantan mengadakan solat istisqa' kerana kita mengalami kemarau sehingga banyak padi yang diusahakan pesawah rosak .

"Solat sunat istisqa' bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan sekali gus mampu menyelamatkan sawah padi.

"Kita berharap imam-imam di kampung di seluruh negeri dapat menganjurkan solat sunat berkenaan. Waktu ini adalah lebih baik kerana kita berada di 10 hari terakhir Ramadan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 2,630 pesawah di Kelantan terjejas akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Muhammad Husin berkata, tiga kawasan yang terjejas teruk adalah Pejabat Kada Jajahan (PKJ) iaitu PKJ Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan dan Bachok, selain di PKJ Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin berkata, pihaknya turut meluluskan peruntukan RM300,000 untuk bantuan telaga tiub bagi menyalurkan air ke kawasan sawah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buat-solat-istisqa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.405371 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list