CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4046|Reply: 0

[Kelantan] Kastam rampas 960,000 rokok putih bernilai lebih RM749,000

[Copy link]
Post time 3-4-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (kiri) memeriksa rampasan 960,000 batang rokok seludup dengan anggaran nilai lebih RM749,000 termasuk cukai dalam serbuan di Pangkalan Haram Kampung Kijang, dekat Jalan PCB. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Tindakan menyeludup rokok putih ketika sahur tidak berjaya apabila taktik itu dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, yang merampas 960,000 batang rokok dalam serbuan di Pangkalan Haram Kampung Kijang, dekat Jalan PCB di sini, kelmarin.

Dalam serbuan 5 pagi oleh Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu merampas rokok disyaki diseludup dengan anggaran lebih RM749,000 termasuk cukai.

Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata bagaimanapun lapan penyeludup berjaya melarikan diri selepas melihat pihak berkuasa.

Katanya, modus operandi penyeludup adalah membawa masuk rokok putih dari negara jiran melalui pangkalan haram dengan menggunakan beberapa bot sebelum dibawa ke tebing.


"Namun, kegiatan mereka yang membawa rokok putih itu berjaya kami kesan apabila pasukan mengekori mereka selama tiga jam dari tengah laut bermula 2 pagi sebelum serbuan dibuat.

"Mereka membawa rokok putih ke pangkalan haram dan dipunggah naik sebelum diedarkan di pasaran tempatan terutama di Kelantan dipercayai untuk bekalan pada hari raya Aidilfitri," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM di Padang Bongor di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih terus dijalankan bagi mengenal pasti pemilik barang rampasan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM50,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sehubungan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM untuk memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta tidak membabitkan diri dengan aktiviti itu.

"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan serta kesejahteraan rakyat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ilai-lebih-rm749000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049162 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list