CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4094|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pinjam RM45,000, bayar bunga RM90,500: Lelaki dipercayai along ditahan

[Copy link]
Post time 3-4-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan mengugut mangsa untuk membayar hutang sehingga berlipat kali ganda.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di sini pada Isnin lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Barat Daya susulan laporan polis dibuat mangsa.

"Berdasarkan laporan, mangsa telah meminjam wang sebanyak RM45,000 dan sejak 2019 hingga 2021 mangsa telah membayar 'bunga' kepada suspek sebanyak RM90,500.

"Mengikut perjanjian, mangsa perlu membuat pembayaran sebanyak 10 peratus daripada jumlah pinjaman setiap sebulan, namun lelaki itu terus meminta mangsa membayar lagi RM45,000 tetapi mangsa sudah tidak mampu dan terus membuat laporan polis," katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata lelaki itu direman dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sementara itu, dalam kes berasingan Kamarul Rizal berkata pihaknya menahan seorang pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar Teluk Kumbar dan Bayan Lepas di sini.

Katanya, remaja lelaki berumur 15 tahun itu ditahan pada Isnin susulan laporan polis diterima berhubung tiga kejadian kes curi motosikal.

"Hasil soal siasat remaja itu mengaku terlibat dalam tiga kes curi motosikal dan polis berjaya merampas semula dua motosikal jenis Y15ZR dan sebuah motosikal Yamaha Ego Avantis," katanya.

Beliau berkata remaja itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... cayai-along-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.479504 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list