CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5268|Reply: 0

[Pahang] 158 individu ditahan dalam Op Noda Khas di Pahang

[Copy link]
Post time 3-4-2024 12:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuantan: Polis menahan 158 individu termasuk 128 wanita warga asing dalam 27 serbuan menerusi Op Noda Khas di enam daerah di seluruh negeri ini pada 27 Februari hingga 31 Mac lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mereka yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 56 tahun di Kuantan, Temerloh, Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut.

Menurutnya, seramai 21 lelaki dan lapan wanita warga tempatan yang turut ditahan adalah pemilik dan penjaga pusat hiburan, restoran, hiburan dan rumah urut.

"Daripada 128 wanita warga asing itu, seramai 97 orang adalah warga Thailand, masing-masing sembilan dari Vietnam dan Indonesia, Laos (lapan) dan China (lima) yang disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan dan pelayan pelanggan (GRO).

"Dalam serbuan itu juga, tujuh premis hiburan yang beroperasi di sebalik lesen restoran dengan menjalankan kegiatan menggajikan wanita warga asing untuk melayan pelanggan turut diambil tindakan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1969/63 atas kesalahan menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan seks bagi maksud persundalan dan Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Katanya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan Negeri Pahang 1993 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan sah dan Kaedah 30 enakmen sama kerana menjalankan perniagaan hiburan melebihi masa ditetapkan.

"Dalam kes ini, pemilik premis diingatkan tidak melanggar peruntukan undang-undang.

"Tindakan tegas akan diambil termasuk dicadangkan pembatalan lesen premis kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilakukan terhadap mereka yang berdegil.

"Polis juga tidak akan berkompromi dengan warga asing yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja atau menjalankan aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... noda-khas-di-pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list