CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5802|Reply: 0

Liverpool juara Liga Perdana Inggeris - BETSiE

[Copy link]
Post time 2-4-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Komputer super meramalkan Liverpool akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. - Foto AGENSI

LONDON: Komputer super meramalkan kedudukan terakhir Liga Perdana Inggeris yang membabitkan perebutan kejuaraan antara tiga pasukan.

Liverpool, Manchester City dan Arsenal hanya dipisahkan tiga mata dengan sembilan perlawanan berbaki musim ini.

The Reds mendahului pada 67 mata, dengan Gunners dua di belakang pada 65 mata dan juara bertahan, City pada 64 mata.

Arsenal terlepas peluang kembali ke puncak liga, tetapi sekurang-kurangnya berjaya menghalang City daripada memintas mereka selepas terikat 0-0 di Stadium Etihad.

Liverpool, yang menewaskan Brighton 2-1, kekal di puncak liga dan memberikan data berbeza untuk perkiraan komputer super, BETSiE.

Hasil keputusan terkini perlawanan, BETSiE meramalkan Liverpool akan muncul juara dengan 87 mata keseluruhan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp dijangka akan mengumpul 20 mata lagi daripada baki sembilan perlawanan mereka.

Arsenal sekali lagi akan menamatkan liga di tangga kedua, kali ini pada 86 mata manakala City ketiga pada 84 mata.

Turut menjadi perhatian adalah perebutan tempat keempat untuk tiket terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Aston Villa dijangka akan memintas Tottenham untuk tempat keempat - dengan kutipan mata 68 berbanding 67 oleh Spurs.

Di tangga keenam, Manchester United pada 58 mata selepas skuad kendalian Erik ten Hag seri 1-1 di Brentford.

Newcastle yang menewaskan West Ham 4-3 pada Sabtu, diramalkan menamatkan saingan di tempat ketujuh, manakala Chelsea akan melonjak ke tangga kelapan.

Ia diikuti Brighton, Bournemouth, West Ham, Wolves dan Fulham untuk tempat kesembilan hingga ke-13.

Walaupun Nottingham Forest dan Everton dikenakan pemotongan mata, BETSiE meramalkan Sheffield United, Burnley and Luton akan menamatkan liga dalam zon penyingkiran.

Forest terselamat di tangga ke-17, diikuti Everton (16), Brenford (15) dan Crystal Palace (14). - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ana-inggeris-betsie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045499 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list