CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5584|Reply: 0

[Terengganu] Tahap kebersihan diri, premis tak memuaskan, 148 peniaga bazar Ramadan dikompaun

[Copy link]
Post time 2-4-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Dr Kasemani (dua kanan) menyampaikan risalah keselamatan kepada peniaga ketika mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Gong Badak. - Foto fail NSTP

MARANG: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 148 kompaun berjumlah RM15,450 kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri setakat Ahad lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengendali makanan tidak mempunyai suntikan anti-tifoid, tidak menjalani latihan pengendalian makanan serta tahap kebersihan diri dan premis yang tidak memuaskan.

Beliau berkata, selain itu 78 sampel makanan turut diambil di premis terpilih termasuk bazar Ramadan dan gerai makan bagi memastikan juadah yang dijual adalah bersih dan selamat untuk pengguna.

"Untuk tahun ini kita ada 3,840 tapak bazar Ramadan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 352 gerai makanan persendirian di seluruh negeri.

"Bermula 12 Mac hingga Ahad, sebanyak 3,298 tapak bazar Ramadan dan gerai makanan telah diperiksa bagi memastikan kepatuhan peniaga terhadap Akta Makanan 1983," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Ops Pasaraya di sini. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... niaga-bazar-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list