CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4541|Reply: 0

EPL: Semangat melawan Manchester United hilang

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

MOUNT (kanan) meledak gol pembukaan buat United, namun mereka gagal mempertahankan kelebihan tersebut apabila Brentford menjaringkan gol penyamaan. - AFP

BRENTFORD – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui pasukannya hilang keinginan dan semangat melawan ketika sekadar terikat 1-1 menentang Brentford di Stadium Gtech Community pagi semalam.

Sepanjang tempoh permainan berlangsung, United gagal mempamerkan aksi terbaik, namun mendahului perlawanan menerusi Mason Mount yang masuk sebagai pemain gantian dengan meledak gol pada minit ke-96.

Bagaimanapun, mereka gagal mempertahankan kelebihan tersebut apabila gawang mereka dibolosi oleh Kristoffer Ajer tiga minit kemudian ketika masa sebenar perlawanan berakhir dalam tempoh dua minit sahaja lagi.

“Kami berjaya menunjukkan daya tahan sepanjang perlawanan, tetapi dari aspek agresif, saya fikir Brentford adalah lebih baik.

“Kami sepatutnya menunjukkan keingingan dan kemahuan yang lebih dalam banyak momen ketika perlawanan ini berlangsung. Apabila anda mendapat kelebihan jaringan pada hujung permainan, anda sepatutnya mempertahankannya.

“Kami tidak bermain dengan semangat dan sepenuh hati, anda boleh melihat kami memberikan aksi melawan, namun itu tidak cukup,” ujarnya.

Keputusan seri itu merencatkan usaha United untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas Aston Villa dan Tottenham Hotspur yang menjadi pencabar berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan masing-masing. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ster-united-hilang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.274509 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list