CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4442|Reply: 0

[Terengganu] Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba membuang tali tersangkut pada kipas bot

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Bot nelayan yang rosak selepas tali terbelit kipas. Gambar kecil, Abdulloh Dueramee. - Foto APMM

CHUKAI: Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika turun ke laut untuk cuba membuang tali yang terbelit pada kipas bot, kira-kira 17 batu nautika dari Kuala Kemaman, semalam.

Abdulloh Dueramee, 48, warga Thailand disedari tidak timbul selepas melakukan selaman kira-kira jam 1 tengah hari.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata mangsa dikatakan menaiki sebuah bot keluar menangkap ikan bersama seorang rakannya sejak Jumaat lalu.

Ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Kuala Kemaman, bot mangsa rosak dan tidak boleh bergerak.


"Ketika membuat pemeriksaan, mangsa mendapati kerosakan itu disebabkan kipas bot terbelit tali.

"Mangsa dikatakan terjun membuat selaman untuk membuang tali terbabit dan selepas beberapa kali selaman, mangsa tidak timbul," katanya.

Ariffin berkata, rakan mangsa yang menyedari keadaan itu kemudiannya menghubungi tekong bot terbabit untuk memaklumkan kejadian itu.

"Sebaik menerima laporan, kami melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan sebuah bot Perkasa 49 ke tempat kejadian jam 1.30 tengah hari.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan jam 7 malam semalam dan akan disambung semula pada pagi ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rsangkut-pada-kipas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067014 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list