CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4540|Reply: 0

[Melaka] Melaka jamin bekalan air mencukupi ketika Aidilfitri - Ab Rauf

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:30 AM | Show all posts |Read mode

AB Rauf (tengah) menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Pelita Raya sempena Festival Kuih Tradisional Aidilfitri dan Pelita Raya 2024. FOTO Bernama

Jasin: Bekalan air di Melaka dijamin mencukupi untuk kegunaan penduduk di negeri itu khususnya pada musim perayaan Aidilfitri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, paras air di tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil.

"Ini juga menunjukkan paras empangan tidak termasuk dalam tahap kritikal dan membimbangkan selain hujan berturut-turut dalam tempoh dua hari ini juga dilihat dapat meningkatkan paras air di empangan.

"Namun dalam masa sama pihak kita terus memantau keadaan dan jangan risau pada Hari Raya nanti tetap ada air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Kuih Tradisional Aidilfitri dan Pelita Raya Melaka di Dataran Riverside Sungai Rambai di sini malam tadi.


Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebelum ini melaporkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi tiga lembangan sungai iaitu Sungai Muda Kedah, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka dan kemungkinan menyebabkan gangguan air di beberapa kawasan termasuk Alor Gajah.

Sementara itu Ab Rauf berkata, Sungai Kesang di Sungai Rambai akan dijadikan destinasi ketiga bagi perkhidmatan Melaka River Cruise sebagai tarikan pelancongan di Gerbang Selatan negeri itu.

Bagaimanapun beliau berkata, satu kajian akan dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian dan keupayaan sungai tersebut untuk menjalankan perkhidmatan bot pelancong di situ.

"Namun sebarang keputusan kepada cadangan tersebut bergantung kepada hasil kajian dan sekiranya boleh, sudah pasti kita akan majukan kawasan ini sebagai tempat tarikan pelancong untuk perkhidmatan Melaka River Cruise," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-aidilfitri-ab-rau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.082233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list