CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4107|Reply: 0

Perlu kekalkan khidmat Pan-gon

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

PAN-GON diminta untuk terus kekal dan menyelesaikan tugasnya dalam usaha mentransformasi skuad Harimau Malaya.

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon wajar membuktikan dirinya tidak mudah mengalah dan tidak takut untuk berdepan ujian sukar termasuklah tewas di perlawanan penting.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, berkata beliau tetap yakin Pan-gon masih jadi individu tepat, memiliki sentuhan ajaib, malah penyokong juga meletakkan harapan besar kepadanya untuk mengubah wajah bola sepak negara.

“Kita semua pun sukakan beliau kerana sudah berjaya naikkan bola sepak Malaysia. Saya yakin sentuhan Pan-gon masih relevan untuk digunapakai oleh Harimau Malaya, malah pemain juga cukup selesa dengannya.

“Jadi, beliau patut habiskan tugasannya sekarang kerana saya juga yakin peminat sedang menanti sentuhan ajaib daripadanya. Saya masih yakin yang Pan-gon masih ada semua itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan timbul spekulasi mengatakan Pan-gon dan barisan kejurulatihannya telah menghantar surat rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk penamatan kontrak lebih awal berbanding perjanjian asal sehingga 2025.

Khabar ini menjadi satu kejutan besar buat arena bola sepak tanah air memandangkan Harimau Malaya sedang diuji selepas alami dua kekalahan berturut-turut kepada Oman pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Dalam masa sama, Azlan juga akui Pan-gon ada hak untuk menentukan masa depannya, namun jurulatih itu harus menjelaskan secara terperinci sekiranya ambil keputusan meninggalkan Malaysia.

“Di awal dulu, dia katakan dia datang ke Malaysia disebabkan ‘Ekor Harimau Malaya’, jadi timbul juga tanda tanya kenapa selepas empat perlawanan terakhir ini dia begitu kecewa. Jadi, dia kena luahkan hal sebenar dengan sejelas-jelasnya.

“Kalau beliau ada tawaran dari tempat lain, kita tidak boleh sekat kalau beliau mahu pergi. Kalau benar mahu pergi, Pan-gon kena jelaskan benda yang betul di sebalik hasratnya itu,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... an-khidmat-pan-gon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050247 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list