CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 0

Media terima 'surat layang', kongres FAM esok dijangka panas

[Copy link]
Post time 31-3-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode

BANGUNAN FAM.

Kuala Lumpur: Kongres Tahunan buat kali Ke-60 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan berlangsung esok kemungkinan besar akan berlangsung dalam situasi panas.

Hal ini kerana, beberapa media menerima email daripada pengirim yang tidak dikenali membangkitkan isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan FAM.

Perkara itu sudah pastinya akan menimbulkan persoalan di kalangan media yang akan membangkitkannya di kongres itu.

Malah, isu atau hal dalaman membabitkan FAM semakin panas sejak kebelakangan ini termasuklah membabitkan beberapa staf badan induk bola sepak itu meletak jawatan atas sebab tertentu.

Terdahulu, arena bola sepak negara melaporkan bahawa barisan kejurulatihan yang diterajui Kim Pan-gon sudah bersedia meninggalkan kem pasukan kebangsaan jika khidmat mereka tidak diperlukan lagi pada masa akan datang.

Perkhabaran terbabit bertiup kencang susulan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya itu sudah menghantar surat kepada FAM yang ditunjukkan kepada wartawan.

Situasi timbul kemungkinan berpunca selepas pasukan kebangsaan tewas kepada Oman dalam kempen kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Namun,Pan-gon tampil menyatakan untuk terus kekal bersama skuad kebangsaan sehingga misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan menempah slot Piala Asia 2027 tercapai.

Pan-gon menerusi kenyataan medianya memaklumkan bahawa beliau juga tidak menghantar surat yang mengatakan sedia untuk meninggalkan pasukan negara sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... esok-dijangka-panas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.317787 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list