CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4251|Reply: 0

Azli dilantik KPD Kuala Terengganu yang baharu

[Copy link]
Post time 31-3-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan (Tengah) menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dari Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din (kiri) kepada Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK). FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Bekas Ketua Polis Daerah Lipis, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Azli bagi menggantikan Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din yang bersara wajib, esok selepas 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.


Terdahulu, Mazli dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada Abdul Rahim atas sumbangannya kepada PDRM.

Beliau juga yakin dengan kebolehan dan pengalaman Azli untuk menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang baharu.

"Saya yakin dan percaya dengan pengalaman Azli dalam pasukan selain pernah menjadi Ketua Polis Daerah di dua daerah di Pahang dapat memacu dan membawa IPD Kuala Terengganu terus cemerlang bagi mencapai visi dan misi PDRM khususnya di Kontinjen Terengganu ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rengganu-yang-bahar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.106423 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list