CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9530|Reply: 9

[Tempatan] Langkawi dibadai ribut, beratus khemah Bazar Syawal rosak

[Copy link]
Post time 31-3-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode
LANGKAWI – Seorang peniaga di Bazar Syawal, di sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM100,000 apabila khemah dan barang niaganya dibadai ribut, awal pagi ini.

Tinjauan di bazar yang menjual persiapan perayaan Aidilfitri itu mendapati terdapat beberapa khemah yang musnah dan barang-barang niaga dilihat bertaburan.

Seorang peniaga, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 22, memberitahu, semua pakaian raya dan sebahagian tudung yang diletakkan di khemahnya tidak dapat dijual kerana telah rosak terkena hujan.

“Kami ada dua khemah, satu khemah patah menyebabkan semua pakaian yang diletakkan di situ basah dan kotor.

“Sekarang saya buntu kerana pakaian tersebut tidak boleh dibasuh seperti biasa kerana mempunyai manik dan dianggarkan sekurang-kurangnya kami rugi sebanyak RM100,000,” katanya.

Seorang peniaga tudung, Nur Liyani Naharuddin, 33, berkata, 700 helai tudung yang dijualnya rosak terkena hujan.

“Saya melihat sendiri khemah kami diterbangkan semasa ribut kira-kira pukul 3.30 pagi tadi dari bangunan Kompleks Pekan Rabu.

“Sekarang ini saya tidak tahu hendak mula dari mana kerana semuanya telah rosak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah berkata, sebanyak 30 buah khemah didapati rosak di bazar tersebut.

“Selain itu, 135 buah khemah di Bazar Ramadan Pelancongan di Kuah juga rosak dipukul ribut pagi tadi.

“MPLBP akn cuba selesaikan permasalahan peniaga di bazar-bazar tersebut dan akan pastikan mereka dapat kembali berniaga secepat mungkin,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidupku seperti badai tak henti gelora, musnahlah segala, perasaan dan harapan untuk hari esok tiada lagi



Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:43 AM | Show all posts
MP langkawi takde komen apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ini bikin ribut-ribut?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 02:23 PM | Show all posts
akak yg tgn dkt pinggang tu mcm cunn
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-3-2024 02:23 PM
akak yg tgn dkt pinggang tu mcm cunn

haah kan, cun awek tu sbb tu kot photographer snap gambar dia.. buat kenangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2024 03:18 PM | Show all posts
hokeypokey replied at 31-3-2024 02:59 PM
haah kan, cun awek tu sbb tu kot photographer snap gambar dia.. buat kenangan..

akak tu jual apa agaknya di bazar
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-3-2024 03:18 PM
akak tu jual apa agaknya di bazar

jual muka sambil jual makanan.. tak sedap pun org beli sbb cun.. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 08:45 PM | Show all posts
hokeypokey replied at 31-3-2024 03:45 PM
jual muka sambil jual makanan.. tak sedap pun org beli sbb cun.. hehehehe

tu sbb untung ada rupa..rezeki murah org senang igt kenal

yg xde rupa kne berhempas pulas


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 31-3-2024 08:45 PM
tu sbb untung ada rupa..rezeki murah org senang igt kenal

yg xde rupa kne berhempas pulas

yg takde rupa pun bleh jadi ensem lawa, kena pandai bersiap la.. makeup dan skincare kan bersepah skrg.. tu tak masuk lagi aesthetic surgery.. tapi kalau dh malas duit pun takde, salah sendiri la kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.402680 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list