CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8402|Reply: 0

Gol Suarez gagal lonjak Miami

[Copy link]
Post time 31-3-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Inter Miami, Luis Suarez (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang New York City pada aksi MLS di Stadium Chase, Fort Lauderdale, AS sebentar tadi. – Foto REUTERS

FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Luis Suarez menyumbat gol kelimanya musim ini ketika Inter Miami diikat 1-1 oleh New York City dalam aksi Major League Soccer sebentar tadi.

Bekas bintang Barcelona dan Liverpool itu melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma Julian Gressel pada minit ke-15 sekali gus membantu Miami mendahului di Stadium Chase di Fort Lauderdale.

Namun impian Miami untuk meraih tiga mata berkecai susulan permainan kemas New York yang berhasil apabila pemain antarabangsa Costa Rica, Alonso Martinez menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Miami, yang dibelasah 4-0 oleh New York Red Bulls pada aksi terakhir mereka, mencipa beberapa peluang selepas gol penyamaan City, namun dikecewakan dengan persembahan mantap penjaga gol Matthew Freese.


Freese beberapa kali melakukan tindakan penyelamat mengagumkan, termasuk tampanan satu tangan daripada percubaan Suarez pada minit ke-80 ketika Miami menekan untuk mencari gol kemenangan.

Miami, sekali lagi beraksi tanpa Lionel Messi yang cedera, kekal di tangga kedua Eastern Conference susulan keputusan seri itu, satu mata di belakang pendahulu Cincinnati.

Cincinnati mengekalkan permulaan tanpa kalah mereka musim ini selepas Aaron-Salem Boupendza merembat masuk gol penyamaan pada minit ke-92 untuk seri 1-1 dengan Charlotte di gelanggang lawan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -gagal-lonjak-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051758 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list