CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19707|Reply: 11

[Jenayah] KDN digesa jawab isu Najib dapat layanan istimewa di penjara

[Copy link]
Post time 30-3-2024 12:50 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Dakwaan kontroversi yang dikemukakan penceramah Wan Ji Wan Hussin terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu dijawab Kementerian Dalam Negeri, kata Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).


Justeru, parti itu mengetengahkan beberapa persoalan terhadap dakwaan Wan Ji bahawa Najib mendapat layanan istimewa di Penjara Kajang dan mendesak agar perkara itu perlu dijawab segera.


“Kami berharap agar Kementerian Dalam Negeri dapat memberikan penjelasan mengenai dakwaan seperti ini secepat mungkin.


“Adakah benar dakwaan terdapat layanan istimewa kepada Najib Razak? Jika benar, adakah ini disebabkan beliau merupakan seorang bangsawan dan bekas Perdana Menteri Malaysia?


“Setelah beberapa tahun melawan kleptokrasi, adakah ini cara Kerajaan Perpaduan melayan kes jenayah berprofil tinggi yang berkait dengan bekas pemimpin dalam parti kerajaan hari ini? Jika ya, maka benarlah dimaksudkan Menteri KDN mengenai UMNO merupakan partners in struggle,” kata MUDA lagi.


Wan Ji mendakwa Najib sememangnya di penjara itu dan malah mendakwa dia menerima layanan “sangat istimewa”.


“Kalau ada orang kata Najib tiada dalam penjara, itu tidak betul. Memang dia di Penjara Kajang, hari-hari dia ada di situ. Kecuali kalau dia ada urusan luar seperti perbicaraan di mahkamah,” katanya pada 25 Mac lalu.


Dalam laporan itu, Wan Ji mendakwa Najib dilihat tidak memakai baju banduan dan hanya berpakaian biasa.


Wan Ji bebas sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan sultan Selangor pada 2014. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2024 01:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat stabak caramel macchiato tak? Yana duk meratib kesian daddy.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la dpt pengampunan diskaun. What a joke this clown!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-3-2024 12:56 AM
Dapat stabak caramel macchiato tak? Yana duk meratib kesian daddy.

Manade.....
Dpt super ring je


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2024 11:02 AM | Show all posts
Korang kalau rajin,sila2kan lah bertanya dengan warden or bekas banduan bahawasanya memang ada double standard kat penjara. Eh,kat semua tempat lah! Tak payah jadi ex-PM pun, kalau dah  berrrrrrDUIT anytime boleh 'minta tolong' kat dalam tu. Mampu bayar lebih, boleh bawa makanan and makan dalam bilik warden lagi. Money and reputation talk,hokeh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 12:25 PM | Show all posts
Si Yannadey tak komen ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adiwarna at 30-3-2024 03:16 PM

Pebenda laaa x puas hati semua2 raykat, nak najib hilang kuasa, dah hilang...nak najib kena dakwa, dah dakwa...nak najib masuk jel, dah masuk dah org tua tu....pastu mamat pengkhianat sultan yg konon2 woke society ni merepek2 kat media, apakehal setaannn....tu beza ko dgn najib, najib tu tahanan politik, ex pm malaysia, yg ko tu pengkhianat melayu penjilat komunis, mmg la layanan penjara mcm langit dgn bumi....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:24 PM | Show all posts
wan ji dengki sebab dia level orang hanyut dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la jadi pengkhianat negara, disanjung dan dilayan seperti anak Raja pula...WTF?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Selepas najib jatuh brp pm lps tu yg ganti. Semua gagal takbir negara then salahkan najib. Semua letak salah pada najib. Cara mudah alihkan isu kegagalan sebuah kerajaan yg gagal tarik pelabur dgn letakkan salahtu pada org lain. Semoga pemfitnah2 dan pengkhianat negara terima azab yg pedih dari Allah taala.. Aamiiin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.219973 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list