CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25545|Reply: 13

[Tempatan] Warga Bangladesh sembunyi minyak masak, jual pada warga asing

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sembunyi minyak masak, jual pada warga asing
Mac 29, 2024 @ 11:25am

am@hmetro.com.my


Kamalludin (kanan) bersama anggota penguatkuasa KPDN Perak menemui 139 paket minyak masak 1kg bersubsidi yang disorok oleh peniaga warga asing di sebuah premis di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, di sini, kelmarin. FOTO IHSAN KPDN PERAK

Teluk Intan: Kegiatan peniaga warga asing menyembunyikan minyak masak peket bersubsidi dan hanya menjualnya kepada warga asing lain, terbongkar selepas premis di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, di sini diserbu pihak berkuasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan Ops Samar pada 2 petang Rabu itu susulan aduan awam.

Katanya, peniaga itu warga Bangladesh berusia 40-an yang mempunyai kad pemastautin tetap, didapati mempunyai lesen perniagaan sah.

"Ketika serbuan dia memaklumkan stok minyak masak peket satu kilogram telah habis dan tidak menerima bekalan sejak seminggu yang lalu daripada pembekal.

"Curiga dengan jawapannya, pasukan penguat kuasa kemudian melakukan pemeriksaan sebelum menemukan 139 peket minyak masak di dalam stor," katanya dalam kenyataan.

Kamalludin berkata, arahan pengisytiharan stok mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 diserahkan kepada pemilik premis dan kesemua minyak masak bernilai RM347.50 disita.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan KPDN Perak turut melaksanakan Ops Pantau di sekitar Teluk Intan bertujuan memeriksa kedudukan stok bekalan barangan keperluan sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri, terutama membabitkan barang kawalan.

Menurutnya, secara keseluruhan, operasi berjaya mengesan lapan kesalahan iaitu tiga kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan lima kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Antara kesalahan, menjual barang kawalan melebihi harga maksimum ditetapkan kerajaan, selain kesalahan tidak meletakkan tanda harga pada makanan atau barangan yang dijual," katanya.

KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit aktiviti penyalahgunaan barang kawalan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 30-3-2024 11:56 AM

So apa tindakan Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Perbandaran Teluk Intan?

Dan apa keputusan dari Mahkamah Majistret Teluk Intan?

Macam mana dengan status PR dia?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Speedmart rumah iols neh cashier Akan Tanya nak minyak peket tak.pada pembeli2 orang tempatan
Sebab dia Kata setiap Kali Ada minyak letak di rak..bangla2 suka beli siap bawak kawan2 dalam 5 6 orang...
So dia terpaksa letak di cashier.untuk pembeli tempatan Saja..haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:24 PM | Show all posts
semoga mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Saiya RAJIN Abang...RAJIN SEMBUNYI itu Msia subsidi minyak masak..abang angkat lagi 500k warga bangla mari sini Msia la"-Abangla RAJIN
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 30-3-2024 01:49 PM
Saiya RAJIN Abang...RAJIN SEMBUNYI itu Msia subsidi minyak masak..abang angkat lagi 500k warga bangl ...

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia





http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-3-2024 01:51 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka

"tada SUTU la kaka..banyak minyak la kita abangla kasi sembunyi"-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 30-3-2024 11:55 AM
So apa tindakan Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Perbandaran Teluk Intan?

Dan apa keputusan da ...

"setelah kita teliti kes ini...maka dgn secepatnya pr dia akan terus tukar kpd IC isnin depan..kita adalah negara yg dikenali sbg NEGARA TERPALING MESRA WARGA ASING...kami gomen akan kekalkan reputasi ini"-KERAjaan Tah Haper2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nk ckp dgn Warga asing bodoh xsekolah ni
Dia org  mmg jenis bwk geng
Amik minyak masak kiri kanan penuh tangan
Aritu aku dh sound  aku ckp minyak ni utk org tempatan
Aku suruh dia beli minyak botol
Dgn cashier pun aku sound skli
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 30-3-2024 05:32 AM
Speedmart rumah iols neh cashier Akan Tanya nak minyak peket tak.pada pembeli2 orang tempatan
Sebab  ...

Cashier  dah tahu dia bwk geng patut suruh satu kepala je yg bayar
Ni setiap kepala ko kira buat apa.pastu nk bising
Dia sebagai cashier boleh je bukak mulut
Minyak kt tangan kwn2 dia tu ko rampas amik balik letak kt rak
Guna kn kuasa dia  sebagai  cashier
Tu pun susah sgt ke nk ckp
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 30-3-2024 02:45 PM
Cashier  dah tahu dia bwk geng patut suruh satu kepala je yg bayar
Ni setiap kepala ko kira buat a ...

Dia takut nanti bangla tu kasi surat kat hq cakap cashier marah2 dia tak bagi beli barang. Sebab nanti majikan bangla akan buat aduan kepada imigresen dan kastam supaya tangkap cashier tu untuk tindakan mahkamah kerana tak mahu jual minyak pada pelanggan.

Customer always right kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 30-3-2024 08:08 AM
Dia takut nanti bangla tu kasi surat kat hq cakap cashier marah2 dia tak bagi beli barang. Sebab n ...

Lagi senang kerje imi nk cekup bangla hahaha
Customer always right tu hanya terpakai kepada rakyat malaysia sahaja
Untuk Warga asing bangla indon rohingya tak layak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalang dia sah2 orang tempatan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 30-3-2024 02:45 PM
Cashier  dah tahu dia bwk geng patut suruh satu kepala je yg bayar
Ni setiap kepala ko kira buat a ...

Maybe sebab dia pompuan kot..Jadi takut ke apa kan..
So dia sorok jelah..hahah..
Tak aci.la.kan.
Orang Kita tak dpt nak beli..depa beli berbondong2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090006 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list