CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25855|Reply: 0

[Sarawak] ATM gagalkan cubaan seludup keluar 420 kg gula, 105 liter diesel di Ba'Kelalan

[Copy link]
Post time 29-3-2024 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-3-2024 12:48 PM



Pasukan tentera menjumpai bungkusan kanvas ketika meronda di Sektor Op Jagakawan, hari ini.

KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter di Kampung Punang di Ba'Kelalan, hari ini.

Menurut Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, pasukan tentera menjumpai bungkusan kanvas yang mencurigakan ketika meronda di Sektor Op Jagakawan, iaitu lebih kurang 900 meter dari sempadan Indonesia.

"Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter.


35 karton gula seberat 420 kilogram yang disorok dalam hutan, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

"Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,422.75," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lawas pada 3 April ini.

"Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang tanpa izin, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan," katanya lagi.


Pasukan tentera menunjukkan gula dan diesel yang disorok sebelum diseludup keluar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053331 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list