CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10701|Reply: 18

[Tempatan] Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, laluan ke timur terhalang, arah barat sesak teruk

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, laluan ke timur terhalang, arah barat sesak teruk

https://www.bharian.com.my/berit ... erhalang-arah-barat

Nor Azizah Mokhtar dan Amir Hamzah Nordin - Mac 29, 2024 @ 10:09am
bhnews@bh.com.my


Kerja mengalihkan bas ekspres yang terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang. - FB LPT

KUALA LUMPUR: Sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang, menyebabkan semua lorong terhalang.

Bas berkenaan dilapor membawa 16 penumpang, termasuk empat warga asing ketika nahas berdekatan Hentian Rehat Lentang itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Badrul Hisham Saari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi sebelum sepasukan 19 anggota BBP berkenaan dihantar ke lokasi.

Pasukan bomba yang menggunakan lima jentera tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Bentong pada jam 8.12 pagi.

"Bomba berjaya mengeluarkan seorang wanita yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan membawa mangsa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans bomba (EMRS)," katanya.

Katanya, seorang lagi wanita dan tiga lelaki cedera dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital sama.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook, melaporkan aliran trafik arah timur terhenti sepenuhnya menyebabkan kesesakan sepanjang 4.7 kilometer (km), manakala arah barat, trafik sesak sepanjang 2.2km.

"Semua lorong arah timur dan arah barat terhalang bagi kerja pengalihan. Trafik arah barat dilencongkan ke Hentian Sebelah Lentang," katanya.

Kerja mengalihkan bas kini sedang dijalankan di lokasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul Malaysia hari2 eksiden merata2 tempat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas persiaran?nak gi mana?genting ker?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi takut tengok kejadian di pasir gudang johor baru2 ni..dua kali lori hentam Kereta
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:06 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 29-3-2024 01:55 PM
Aku lagi takut tengok kejadian di pasir gudang johor baru2 ni..dua kali lori hentam Kereta

Pasir gudang n port klang adalah 2 areas yg i paling ngeri nak drive....i pernah drive kat port klang..kiri kanan dpn blkg semua lori container besar2 and bawak laju...mmg gayat giler...kecut perut yg real punya..tobat la i takkan duduk area tu....pasir gudang pun sama...mmg kecut perut drive kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 29-3-2024 02:19 PM

Tanah ayer di tangga ke-8 negara paling bahaya memandu di duniyya tersenyum sinissss!

Malaysia antara 10 negara paling bahaya memandu
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/05/955324/malaysia-antara-10-negara-paling-bahaya-memandu


Tanah ayer rekod lebih setengah jota kes kemalangan pada tahun lepas juga tersenyum sinisss!

Hampir 600,000 kemalangan dilaporkan sepanjang 2023
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/01/1194925/hampir-600000-kemalangan-dilaporkan-sepanjang-2023
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbalik tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo kes pagi semalam.. mujur aku dah balik kg awal2 amek cuti rabu & jumaat... malas aku nak jem jem
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 29-3-2024 02:09 PM
Pasir gudang n port klang adalah 2 areas yg i paling ngeri nak drive....i pernah drive kat port kl ...

port klang tu mmg la tetiap hari ada org excident. iols pernah kerja (training) 6 bulan kat area north port tu duduk pandamaran. pergi kerja naik moto plak masa ni mmg tawakal je la (mmg aku nangis sokmo)
tmpt duduk wpun hostel rumah teres tp mcm dok kat negara lain
habis training smpai skrg iols tak pernah jejak dah area sana wpun blk msia masih kerja comp sama takde iols nak p sana jmp coach/trainer kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:17 PM | Show all posts
scary laa byk eksiden skrg ni. nak balik raya pn takot. please korang extra focus nak raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Msti bawa laju smpai terbalik…area lentang - bukit tinggi tu selekoh2 klu naik kereta pn iols membebel kt laki2 yg drive (suami/adik/abg ipar/adik ipar)…
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori bas now memang laju2... Mcm berlumba2 antara dia org.
Geram dan menyampahhhhh tahap gaban bila nampak lari bas laju2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik takde yg mati
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 29-3-2024 04:27 PM
nasib baik takde yg mati

Rasanya ada. 2 maut & berbelas cedera
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas bawak laju.. lori2 pun.. geram ak7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 29-3-2024 04:18 PM
Msti bawa laju smpai terbalik…area lentang - bukit tinggi tu selekoh2 klu naik kereta pn iols membe ...

Tipulah, kan lagi cepat naik kapal terbang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2024 06:41 PM
Tipulah, kan lagi cepat naik kapal terbang?

Klu blk dgn family naik kereta lh yg laki2 tukang drive…sorg2 je iols naik flight
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-3-2024 06:25 PM
Bas bawak laju.. lori2 pun.. geram ak7

Betul...yg bas nama pompuan tu garit betul la bas tu pun...dr kl lagi iols ngk mwnggila bawak...ptt dgn segala kecanggihanah kena tahan dr accident
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.120740 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list