CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191287|Reply: 1211

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 14-3-2011 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sang_arjuna at 31-5-2011 19:24

Assalamualaikum

Sebab rumah lama dah lock & bila smiley edit posting nak letak n3 baru keluar tulisan Russia
smiley sendiri fenin nak baca
jadi kita buka rumah baru lah ya
wpun rumah ni kecik je macam rumah setinggan harap sudi sudi lah masuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2011 01:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 14-3-2011 13:22

ni last n3 dari rumah lama
..........................................................................................
“ Macam mana Lia? Lia suka dengan design pelamin dan dewan  ni? Sebab Lia tak ada sini, Mummy yang bagi idea pada Datin Lyn. Mummy pilih warna tema putih dan baby blue”

Dahlia menyambut lakaran yang di hulurkan wedding planner, Datin Lyn. Hebat tak? Wedding planner aku pun ada gelaran Datin. Nafasnya di tarik. Wah… seumur hidup aku tak pernah mimpikan persandingan se gah ini. Macam perkahwinan anak Raja. Perasaannya bercampur. Berapalah agaknya kos kesemuanya? Tak perlu jadi pakar bidang matematik pun dia boleh mencongak yang pasti boleh beli sebuah rumah kos rendah. Itu tak termasuk harga baju yang baru di tempah di Butik Rizalman tadi dan kenduri yang akan di buat di kampung Puan Sri di Melaka.

Datin muda itu berdehem. “ Macam mana? Lia suka pelamin nya? Saya buat design berkonsep tradisional moden. Simple tapi klasik. Tetamu seramai 1000 orang jadi kita kurangkan hiasan dalam dewan supaya tak nampak sempit.  Untuk floral decoration saya cadangkan tuberose, lily dan rose putih. Kalau nak tempah bunga yang eksotik takut tak sempat. ”

“ Cantik. I like it very much. “ Dahlia mengangguk. Sejak menjadi orang baru di rumah ini, kerjanya asyik mengangguk saja. Babah dah pesan jangan pandai pandai nak melawan cakap Puan Sri. Bukan sedikit budi ( dan wang ringgit) yang Puan Sri Sabihah taburkan untuk keluarga mereka.

“ Tapi Lia nampak macam tak seronok. Kenapa? Kadang kadang pengantin muda macam Lia suka konsep fairy tale. Kalau nak tukar apa apa , cakap saja. Ini cuma sketch, I tak kisah kalau you nak tukar. Yang penting customer I puas hati”

“ Takpe Datin. Saya tak minat fairytale. “  tukas Dahlia.

Puan Sri Sabihah memandang menantunya. “ Lia okay? Muka Lia nampak pucat sikit”

Dahlia segera memaniskan muka sambil memegang pipinya “ Pucat kah? Mungkin Lia tak cukup tidur. Selalunya Lia lambat sikit nak adjust kalau ubah tempat baru. “

Puan Sri Sabihah menyembunyikan senyum. Biasalah, pengantin baru mesti kurang tidur. Harap harap cepatlah aku dapat timang cucu lagi. Rayyan dan Irhan dan besar, masing masing dah buat hal sendiri. Kalau pulang bercuti dari asrama pun tak lekat di rumah. Mudah mudahan Lia dan Amir dapat anak perempuan. Rumah ini mesti berseri dengan keletahnya.

“Saya memang suka apa yang Datin cadang. Tak payahlah nak tukar apa apa” Arghh..mengantuk nya aku. Dahlia menahan kuap. Mesti mak mertua aku pelik kenapa aku tak teruja dengan persiapan perkahwinan. Tapi aku di landa rasa bersalah pada semua penduduk miskin di Malaysia. Kalau perbelanjaan perkahwinan ini di sedekah, rasanya rancangan Bersama Mu boleh di hentikan.

“ Okay then, kalau Lia dan Puan Sri tak ada apa masaalah, saya boleh mula buat persediaan. Minggu depan saya bawa contoh bunga telur dan bunga pahar. Puan Sri dan Lia jangan risau. My team and I will do our best to make your wedding a success.  “ Datin Lyn menyimpan lakaran dan sample hiasan ke dalam beg.

“ Oh, I trust your work Datin Lyn. Ramai kawan I dah guna your service.  Minggu depan kami pergi umrah. Sepuluh hari kami di sana. Datin boleh liase dengan menantu I, Datin Elly kalau ada apa apa hal. You kenal Elly, kan?”

“ Ya, I kenal dia. No problem then. Selamat menunaikan umrah dan selamat kembali Puan Sri, Lia”  Dahlia mengiringinya keluar dari ruang tamu peribadi Puan Sri Sabihah. Rumah agam itu sunyi sepi. Datuk Azmi dan Amir sudah ke pejabat. Datin Elly pun hilang entah ke mana.

“ Lia ada masaalah kah? Tak seronok tinggal di sini? Atau rindu kat Babah Lia?” Puan Sri Sabihah mengusap  tangan Dahlia sebaik Datin Lyn pulang.

Macam mana aku nak cakap? Takkan aku nak kompelin sedangkan  aku di layan macam tuan puteri. Memang tak sedar untung, tak bersyukur dengan nikmat Allah kalau aku kata aku bosan. Tapi aku rindu nak ke dapur, nak ke tempat kerja. Dahlia… Dahlia. Belum sampai seminggu di sini dah nak cari pasal. Please lah… ada orang sanggup menggadai maruah untuk dapat apa yang aku kecapi sekarang.

“ Lia seronok tinggal di sini Mummy. Cuma Lia dah biasa kerja. Itu yang buat Lia rasa kekok bila tak ada kerja nak buat. Bila asyik duduk saja, badan pun rasa letih. ”

“ Lia boleh keluar jumpa kawan kawan. Pergi shopping atau pergi spa. Tapi minta izin Amir dulu. Mummy tak kisah kalau Lia nak keluar. Mummy faham, orang muda macam Lia mesti bosan di rumah.”

Masaalahnya kawan kawan aku semuanya warga kerja kota. Bukannya ada masa nak layan aku. Mereka sibuk dengan tugas mereka, jam 8- 6, 5 hari seminggu. Tak ada seorang pun yang duduk goyang kaki macam kawan kawan Datin Elly. Datin Elly pula bukannya suka dengan aku. Tak pernah pun nak ajak aku berbual atau berkenalan dengan kawan kawannya. Dan aku pula tak ada topic untuk di bualkan dengan biras aku itu. Aku lebih suka berbual dengan pembantu rumah, Mak Piah, Sutri dan Nur tapi mereka pula segan dengan aku. Dulu aku cuma pembuat cupcake dan pai tapi sekarang status aku berbeza. Hari hari aku di sini memang sunyi. Kalau boleh cakap dengan ikan koi dalam kolam dah lama aku buat, cuma aku takut kena hantar ke Tampoi.

“ Lia ingat nak cari  kerja  lepas selesai majlis perkahwinan nanti.” Tutur Dahlia perlahan. Reaksi Puan Sri Sabihah seperti yang di jangka.

“ Buat apa Lia nak kerja? Amir boleh tanggung Lia. Nanti bila dah ada anak , susah kalau Lia kerja. Kalau suami dengan isteri sama sama sibuk, siapa nak jaga anak? Memanglah kita boleh cari pembantu, tapi Mummy tak nak cucu Mummy di besarkan oleh pembantu rumah. Nanti dia cakap pun pelat Indon. Bila dah remaja nanti macam macam boleh jadi kalau ibu bapa tak awasi. Kalau silap pilih kawan, anak orang baik baik pun boleh jadi liar. Tanggungjawab ibu tu penting, Lia. Tak payahlah nak keluar bekerja. Tengok Kak Elly kamu tu, selama ini dia duduk rumah jaga suami dan anak. Dia tak pernah pun kompelin yang dia bosan. Pandai pandailah cari benda nak buat untuk menghabiskan masa.” Panjang lebar Puan Sri Sabihah berhujah.

“ Tapi Mummy dulu pun kerja. Abang Azmi dan Amir berjaya juga dalam pelajaran. Keluarga Mummy dan anak Mummy bahagia.” tukas Dahlia. Biarlah rahsia keluarga yang Amir ceritakan tinggal rahsia. Bukan dia tak tahu sejarah silam Amir dengan ibunya. Bukan dia tak sedar kepincangan keluarga Datuk Azmi sekarang. Pernah sekali dua dia menangkap suara Datuk Azmi dan Datin Elly berbalah. Datuk Azmi sudah mula menegur kelakuan isterinya yang suka bersosial. Datin Elly  bukan mudah di lentur. Keluhan kecil terlepas dari mulut Puan Sri Sabihah.

“ Bila dah tua ni Mummy menyesal sebab masa Amir dan Azmi kecil dulu, Mummy dan arwah Daddy lebih pentingkan kerja dan syarikat. Mummy jarang luangkan masa bersama mereka. Hari Sukan, Hari Anugerah Cemerlang semua Mummy tak pernah pergi. Mummy sibuk cari rezeki tak kira malam atau siang. Kalau bercuti pun Mummy bawa pembantu rumah sebab Mummy kena jumpa client atau hadiri konvensyen, jadi budak budak tinggal di hotel dengan bibik mereka. Sebab itu Amir dengan Azmi lebih rapat dengan pembantu rumah. Pejam celik mereka dah remaja. Kemudian mereka belajar di luar negara. Waktu Mummy bersama mereka terlalu pendek sebab Mummy sibuk mengejar harta. Lia nak benda yang sama berlaku pada Lia?”

Apa Mummy kata ada betulnya. Cuma aku bukannya nak mengasaskan empayar sendiri tapi aku ingin bekerja agar minda aku tak beku dan masa aku di gunakan dengan berfaedah. Ramai kenalan aku isteri dan ibu yang bekerja. Arwah Mak pun bekerja juga. Tak pula kami adik beradik jadi pesalah juvena. Kenalah pandai bahagi masa antara rumahtangga dan pejabat. Tak mungkin aku jadi  terlalu taksub dengan kerjaya hingga lupa anak dan suami. Tapi tak guna aku bertekak dengan mak mertua aku. Apapun, dia tetap big boss dalam rumah ini. Kalau aku melawan kehendaknya, er…. Tak tahulah apa nasib aku. Aku kena banyak beralah dan bersabar. Kata Amir, sifat kuku besi ibunya susah di kikis. Sebagai menantu baru , aku kena jaga airmuka Puan Sri Sabihah.

“ Tak… tak. Lia tengah fikir saja. Kalau Mummy tak suka, Lia tak kerja.” Dahlia melipat lipat napkin kertas di tangan.

“ Mummy bukan marah. Cuma Mummy tak nak Lia buat kesilapan yang sama dengan Mummy.” Puan Sri Sabihah melembutkan suara. Dia mengusap rambut Dahlia. Dia tak patut meninggikan suara pada Dahlia. Gadis itu membalas senyumannya.

“ Kak Maya kata Mummy kena pergi check up sebelum kita ke Mekah. Mummy nak Lia temankan?” Dahlia teringat pesanan Puan Maya sebentar tadi. Puan Maya sibuk mengurus perjalanan mereka dengan agensi pelancongan.

“ Nasib baik Lia ingat kan. Kita pergi lepas Zuhur nanti ya. Lepas tu kalau ada masa , kita singgah ke butik Munawarrah. Mummy nak beli jubah dengan tudung. Mummy ada 7 helai jubah saja. Tak cukup kot.”

Adoyai… Puan Sri Sabihah ni nak pergi menunaikan umrah atau nak jadi model pertunjukkan fesyen Muslimah. Tapi gasaklah, duit dia tak luak. Lagipun aku  mesti dapat habuan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 01:21 PM | Show all posts
dah bukak rumah baru...
bukan saiz jadi ukuran..yang penting isi di dalam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 01:49 PM | Show all posts
ye ye..
ader umah baru....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 01:50 PM | Show all posts
next....ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 02:07 PM | Show all posts
nak isi baru....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2011 02:19 PM | Show all posts
Amir mengangkat muka dari fail bila terdengar bunyi ketukan di pintu. Abangnya melangkah masuk. Amir menanggal cermin mata lalu menenyeh mata. Penat meneliti feasibility study. Sudah lama dia tinggalkan dunia korporat yang membosankan. Kalau abang suka cabaran mengukuhkan empayar perniagaan, jiwa aku lebih sebati menjadi pendidik. Apa agaknya cerita pelajar pelajar aku di Sri Kota? Aku rindu mendengar panggilan Cikgu Amir.

“ Macam mana Mir? Have you made your decision?” Datuk Azmi menarik kerusi di depan meja adiknya.

Amir mereganglenturkan jari “ Belum.  I really have to take time to analyse the figures. Ada assumptions yang tak logik. Main sedap dia orang saja.  Kenapa? Board of directors meeting lambat lagi kan? Mir tak nak buat kerja cincai.” Perkasa Holdings sedang mempertimbangkan perniagaan baru untuk di ceburi. Antara francais makanan segera dan pusat pendidikan swasta, tentulah pusat pendidikan lebih menarik bagi Amir. Keduanya memerlukan pelaburan tinggi dan boleh membawa keuntungan yang banyak. Tapi risiko menceburi sector baru juga tinggi. Silap langkah mesti berjuta RM hangus.

“ Bukan itu yang Abang nak tau. Tapi pasal Nia. What do you think?” Datuk Azmi menyandarkan badan dan memakukan mata pada adiknya. Wajah Amir tak beriak. Dia mengambil resume Nia Aurora dari timbunan kertas di hujung meja.

“ Tak ada calon lain kah? Nia tak ada experience. Mir pun baru masuk balik ke syarikat ni. Mir nak PA yang dah lama kerja di sini. Sekurangnya dia tahu selok belok  kerja di sini.  Otherwise its like the blind leading the blind.” Sejujurnya dia kurang selesa dengan Nia. Bukan dia paranoid tapi macamlah tak ada syarikat lain. Anak tokoh perniagaan sepatutnya tidak ada masaalah mencari kerja. Kabel bapanya sangat kuat.

“ I agree. Tapi Abang rasa serba salah nak tolak. You tahu kan, Uncle Rahim banyak tolong kita. Lagi satu, jangan lupa Nia sepupu Elly. Tak larat abang nak tadah telinga dengar kakak ipar kau tu membebel. ”

“ Nia ada degree in Communications. Apa kata kita offer dia jawatan dalam Corporate Communications department? Lagi relevan dengan degree dia. Kalau dia tolak, nasiblah. Bukan salah kita.”

Datuk Azmi mengangguk. “ Idea yang bagus. By the way, she is outside. Apa kata Amir yang bagi tahu kat dia?” Sengihnya melebar.

Amir memincing mata. Macam aku tak ada kerja lain. Tapi bagus juga kalau aku bersemuka dengan Nia Aurora, pengantin- perempuan- tak -jadi aku. Kalau main aci lut, minah kulit tebal itu tak akan putus asa.

Beberapa minit selepas Datuk Azmi meninggalkan bilik, kerusi tadi di duduki Nia. Gadis lewat 20an berambut perang itu nampak sopan dari biasa dengan baju kurung batik. Sudah hampir 4 tahun Amir tidak bersua dengannya. Tubuhnya kurus sedikit tapi tetap cantik dengan hidung mancung terletak dan mata yang galak beralis lentik. Cuma anak mami bukan taste aku.

“ Hi Amir. How are you?” Mereka bersalaman.

“ I’m fine. Duduklah. Nia apa khabar?” Nia , Lia… bunyi hampir sama. Susah kalau tersasul.

“  Macam tu lah. By the way, congratulations.  Nampak gaya tak ada jodoh lah kita ya” Nia ketawa kecil

Amir senyum segaris“ Jangan lupa datang untuk majlis I nanti. The invitation card is on the way”

“ Insyaallah I mesti datang. Kak Elly kata your wife dah duduk sekali di rumah Mummy you. Tak pelik kah? Mummy you tak kata apa apa?”

“ Apa yang peliknya? Kami dah nikah, Lia isteri I yang sah. Mummy suka jer, sebab ada kawan nak teman dia”

Nia mengangkat bahu. “ Entahlah, Ada orang kata tak manis sebab belum bersanding lagi. Anyway, its none of my business. I nak tanya pasal resume yang I hantar. Macam mana? Boleh tak I jadi PA you?”

“ Er.. erm.. I dah bincang dengan Abang Azmi. Sebab you ada degree in Communications, kita rasa lebih baik you masuk Bahagian Komunikasi Korporat. Kerja PR lebih sesuai dengan kelayakan you.“

Riak muka Nia berubah. Selalunya apa apa permintaan Nia Aurora tidak pernah di tolak. Cuma Amir Muzaffar saja yang berani tinggal dia terkonteng konteng. Depan beratus orang di Masjid Putrajaya pula tu.

“ Tapi I tak nak jadi PR . I nak jadi PA you supaya dapat lebih exposure. I want to attend business meetings, travel and meet other businessmen.”

Amir menahan diri dari ketawa. Apa dia ingat kerja PA di sini macam Personal Secretary VVIP atau menteri ?
“ Nia, biar I terangkan apa kerja PA sebenarnya. Personal Assistant atau Pembantu peribadi kena buat temujanji, buat reservation di restoran, tempah penerbangan dan hotel kalau I kena travel, kemaskini fail fail, uruskan hal perbankan dan pastikan ofis I sentiasa tip top. Oh ya, PA kena buat kopi untuk bos dan tetamu bos. Senang cakap, PA is another word for balaci boss.”

“ Oh.. lagu tu kah? I ingat secretary you yang buat semua tu” Muka Nia mendung. Apa kelass anak Tan Sri nak buat kopi.

“ Sorry, kat Perkasa kita nak jimat kos. It’s the IT age, kita pakai e mail dan internet. I tak ada secretary. Kalau setakat surat yang pendek I boleh taip sendiri.  Kalau nak taip report atau dokumen panjang, my officer yang buat.  Sebab itu I nak PA untuk buat semua kerja lain.”

Nia terdiam sejenak. Amir mengalihkan mata ke skrin computer, membiarkan Nia membuat keputusan.

“ Kalau macam tu, I join Corporate Communications lah. Apa kerja I nanti?

“ You kena liase dengan media, buat PR work, organise events macam company dinner dan family day. Department tu kecil saja. Cuma seorang Pengurus, Syed Hashimi dan kerani am.”

“ Okay, sounds good. Bila I boleh mula?” Haila… makcik ni ingat dia minta kerja jadi tukang basuh pinggan kat restoran kah?

“ Sabar dulu. You have to go through the normal procedure. Nanti I suruh the HR officer call you. Kena isi borang dan kena interview dengan our HR director. Tapi jangan risau, itu semua formality saja. Pasal gaji dan benefits, you kena check dengan HR. Dia orang akan bagi Surat Tawaran. Kalau you terima tawaran kami, bulan depan you boleh mula kerja“

“ Great! I dah bosan duduk rumah. Bapa dengan emak I selalu travel, sunyilah kat rumah. Dah lebih 6 bulan I menganggur. Thanks Amir” Nia tersenyum girang sambil menggosok kedua telapak tangan. Wajahnya yang matang tak seiring dengan telatah ala kanak kanak riang.

Entah berapa lama lah si Nia Aurora mampu bertahan di sini. Mungkin lepas sebulan dah minta berhenti. Sanggup kah dia terperuk di ofis dari pagi hingga petang, lima hari seminggu? Gaji pun bukanlah banyak bagi pegawai pelatih. Tak cukup pun nak beli beg tangan LV yang di pakainya sekarang. Tapi Nia Aurora bukan bekerja kerana perlukan wang. Amir menghalau lintasan hati yang mengatakan Nia ada udang di sebalik batu.

“ Amir, jom kita pergi minum kopi. Ada Coffee Bean kat seberang jalan. I belanja”

“ Sorry Nia, I ada appointment dengan client. Lain kali saja lah” Amir membetulkan tali leher dan melihat jam tangan. “ Oops, I have to go. ”

Nia menunggu Amir menyarung blazer dan mereka keluar beriringan. Sampai ke ruang lobi, langkah Amir terhenti.
………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2011 02:21 PM | Show all posts
“ Mummy kena pergi ofis Perkasa. Ada benda sikit Mummy nak bincang dengan Azmi” Ada ketegangan dalam suara Puan Sri Sabihah sebaik dia menamatkan panggilan telefon. Pak Wan terus memandu ke arah pejabat lama Dahlia. Kali terakhir dia menjejak langkah di Perkasa Holdings hampir setahun yang lalu. Kehidupannya sudah banyak berubah. Dulu dia pekerja biasa, sekarang dia menantu Pengerusi syarikat dan adik ipar CEO. Suami aku pula Pengarah Kewangan merangkap Ketua Special Projects. Perasaannya bercampur baur. Seronoknya kalau dapat jumpa kawan kawan lama tapi aku harus menjaga lidah dan tingkah laku. Apa kata orang kalau isteri Encik Amir ketawa terbahak bahak sambil menganyam ketupat.

“ Dahlia pergilah jumpa Amir. Bila dah settle hal dengan Azmi nanti, Mummy call”

Puan Sri Sabihah menonong keluar sebaik pintu lif di buka. Dahlia terkial kial sendiri. Patutkah aku kacau Amir waktu kerja? Mesti aku di tuduh isteri yang queen control. Suami baru kerja seminggu , isteri dah buat spot check. Habis tu, mana aku nak pergi? Sepatutnya aku tunggu dalam kereta tadi. Dia berpaling bila bahunya di tepuk dari belakang.

“ Dahlia! Nasib baik aku tak silap orang. Apa kau buat di sini?” Fatihah menyapa nya. Gadis yang menjadi PA kepada Ketua Bahagian HR  itu kini sudah bertudung.

“ Er.. er.. aku saja datang. Lama tak jumpa korang. Apa khabar awak, Ti? Dah berimej baru, nampak”

“ Aku okay.  Aku dah tunang tau. Dengan Encik Din” Fatihah menayang cincin berlian di jari manis. Wajahnya bangga.

“ Encik Din? Yang mana satu, ya?” Dahlia cuba mengorek kotak memori. Muncung mulut Fatihah.

“ Isshhh kau ni. Takkan tak ingat? Alaa… Encik Din Legal officer. ”

“Encik Nazrudin? “  Muka Dahlia berkerut. Bukankah mamat tu dah berumur? Kalau tak silap dia dah berkeluarga. Atau…

“ Tak payah buat muka macam tu. Dia dah bercerai. Dan aku bukan perampas tau. Ex dia yang minta cerai.”

“ Bila kau nak kahwin?”

Senyuman Fatihah pudar “ Entahlah. Paling awal tahun depan. Abang Din kena simpan duit. Banyak dia kena tanggung, anak dia 4 orang. Emak bapa dia sakit. Aku kena sabar. Eh, jom kita ke pantry. Boleh kita sembang. Boss aku cuti hari ni.”

Dahlia tidak menolak. Mummy mesti ada banyak benda nak di bincang dengan Abang Mi. Dia mengikut Fatihah ke pantry yang menjadi tempat menganyam ketupat. Benar seperti yang di jangka. Dua orang kawan lamanya, Tina dan Jaafar sedang rancak bergebang.

“ Woi makcik, apa khabar?” Tina terus memeluknya. “ Kau dah balik KL kah? Kerja kat mana sekarang?”

“ Aku baru pindah balik sini tapi belum kerja lagi” Dahlia duduk di meja kecil berkerusi empat. Fatihah ke coffee machine dan meletak cawan yang berasap tipis  depannya. Aahh.. sedapnya aroma. Aku rindu kopi pantry.

“ Thanks, Ti. Susah susah saja kau layan aku. So macam mana korang sekarang? Apa cerita terbaru?”

“ Ti dah tunang, Tina dah dapat anak. Aku jer masih single” kata Jaafar dengan mimic muka sedih.

“ Tunggu kau lah tu, Lia” Fatihah berseloroh.

“ Sudahlah! Girlfriend keliling pinggang!  Ini mesti kes rambang mata. Tak tau mana satu nak pilih.” Dahlia akui Jaafar kacak dan senang di dekati. Jaafar pernah  rapat dengan Dahlia, tapi hubungan mereka cuma tahap platonic. Banyak rahsia Jaafar dalam poketnya. Yang tak syoknya, awek Jaafar  tuduh mereka ada affair. Selepas kejadian itu Dahlia mula membataskan hubungan mereka. Orang selalu silap faham bila lelaki dan perempuan berkawan baik.

“ Kau tau tak, adik Datuk dah join Perkasa. Dia jadi VP Finance. ”

“ Oh, ya kah? Macam mana orangnya?” Dahlia bertanya dengan muka selamba. Best juga dengar komen staf tentang Amir.

“ Entah lah. Dia baru lagi kerja. Tapi kawan aku di Finance kata dia tegas. Aku pernah terserempak dengan dia sekali dalam lif. Boleh tahan orangnya. Tinggi dan tegap. Tapi muka dia lain dari Datuk Azmi” Rancak Fatihah bercerita. Itu Dahlia akui. Pertama kali jumpa Cikgu Amir, dia langsung tak sangka itu adik bekas bossnya.

“ Lagi handsome dari aku?”

Fatihah  mencebik “ Kau lagi handsome tapi poket dia lagi tebal. Muka handsome bukan boleh beli beras kat kedai. Tapi dia ada karisma lah. Sedap mata memandang. ”

“ Mesti dia ramai peminat. Tak ada staff yang mengorat dia kah?” Dahlia cuba mengorek rahsia. Apalah … dah jadi makcik bedah pula aku ni. Inilah akibatnya bila tak ada kerja.

“ Eee… siapa berani? Kalau nak kena pecat , cubalah. Belum sempat apa apa ,Puan Sri Sabihah dah tendang. Isteri Datuk Azmi pun Puan Sri yang pilih tau. Menantu dia semua mesti ada kelas, yang sekufu. Bukan macam kita kita ni. Berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. ” Tina berhujah

Dahlia mengebam bibir. Perkahwinan aku dengan Amir macam satu keajaiban. Bila di fikirkan semula , Puan Sri sedarkah apa dia buat ketika meminang aku? Sejak aku berkahwin dia memang baik. Tak mungkin dia ada motif tersembunyi. Dahlia  mencapai cawan kopi lalu membiarkan kafein menyegarkan deria.

“ Eh, tengok jari kawan kita ni” Inai di jari Dahlia menjadi tumpuan mata Jaafar.

“ Aa’ah lah. Macam mana kita tak perasan. Kau dah kawin ya? Senyap senyap jer tau! Tak guna!” Riuh suara mereka bertiga. Dahlia menjegil mata.

“ Syyy! Korang ni macam Kelly Ng karam lah. Perlahan lah sikit. Nanti aku kena halau. Aku bukan staf sini tapi buat kecoh macam lah ini rumah mak bapak aku”

“ Bila kau kahwin?  Sampai hati tak jemput kita” omel Fatihah separa berbisik.

Dahlia teragak agak untuk menjawab. Kena tapis apa yang perlu. Bukan malu nak mengaku siapa suami aku tapi panjang pula ceritanya nanti.

“ Aku baru nikah, buat kenduri kecil kat kampung. Nanti bila bersanding aku jemputlah”

“ Hubby kau tu orang mana? Kerja di mana?” soal Jaafar. Mesti bukan calang calang lelaki. Dulu ketika Dahlia baru masuk Perkasa, ramai yang ingin mencuba nasib memikat gadis itu. Tapi Dahlia lebih suka berkawan, belum bersedia untuk komitmen katanya.

“ Aku jumpa dia di KK tapi sekarang dia kerja di KL. Itu sebab aku pindah” Gua talak tipu punya. Cuma sembunyikan fakta.

Tiba tiba Tina bertanya. ““ Lia, kau nak  kerja tak? Pakcik aku punya law firm tengah cari staff  untuk buat kerja admin. Gaji tak banyak tapi dapat overtime dengan bonus. Kalau kau nak, aku boleh rekomen.”

Hati Dahlia melonjak sedetik kemudian merudum. Amir tak izinkan aku kerja. Berdosa lawan cakap suami. Kalau aku boleh pujuk Amir pun, Puan Sri Sabihah pula lagi satu halangan yang kukuh macam Tembok Besar Cina. Dia teringat perbualan dengan Puan Sri tempoh hari. Aduhhh! Macam mana ni?

“ Takper, kau fikir dulu. Dia orang nak pakai orang bulan depan bukan sekarang. Ofis dia kat PJ. Kau duduk kat mana sekarang?”

“ Tumpang rumah mak mertua aku. Kita tengah cari rumah.” Dahlia mencapai handphone yang mula berdering. Selamatlah aku dari CSI kawan kawan aku ni. Puan Sri Sabihah sudah turun ke lobi.

“ Aku balik dulu. Aku tumpang kereta orang tadi. Dia dah settle dah kerja dia. Nanti kita keep in touch ya. Tina kalau aku nak kerja tu, aku call kau.”
Dahlia bergegas keluar menuju ke lif. Jaafar berlari anak di belakangnya

“ Dahlia, hold the lift. Aku pun nak turun bawah”

Ala.. mamat ni sibuklah. Kalau dia nampak aku masuk Mercedes Mummy mesti dia heboh satu ofis.

“ Aku nak ke bank. Nak hantar TT utk adik aku di UK. Tak habis habis minta duit. Macam manalah aku nak kahwin” rungutnya

“ Kau kan terror. Cari lah awek kaya.”

“ Masaalahnya mak bapak dia nak ke terima menantu macam aku? Kalau perempuan kawin dengan lelaki kaya , itu benda biasa. Tapi lelaki kawin dengan perempuan kaya banyak pressure. Silap haribulan  orang kata makan harta bini”

“ Tak semua perempuan macam tu. Kat ofis kita pun ada bos perempuan yang belum kahwin. Tak salah kalau kawin dengan perempuan yang lebih tua. Macam Cik Hariani tu, cun apa. Kenapa kau tak nak try?”

Jaafar membeliakkan mata “ Kau biar betul! Kau suruh aku mengorat kakak harimau Bengal tu? Dia mengaum saja aku dah pecut.”

Dahlia ketawa mengekek. Pintu lif terbuka dan dia melangkah gontai. Harap Jaafar cepatlah masuk bank CIMB yang terletak di hujung blok. Tapi Jaafar masih di sisi. Tiba tiba dia menangkap kelibat Amir bersama seorang gadis cantik sedang keluar dari lif yang bertentangan. Siapa tu? Langkah Dahlia terhenti di saat matanya dan Amir bertemu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2011 02:36 PM | Show all posts
huhuhu
nak lg...
suspen ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 02:45 PM | Show all posts
akakkk smileyyyyyyyyyy.....

nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 02:50 PM | Show all posts
nak lagi??? kihkihkih...dah saspen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 03:32 PM | Show all posts
haha akhirnya kak juna buka umah baru
mesti dahlia nampak amir keluar dgn nia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 03:59 PM | Show all posts
thanks juna............
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 04:14 PM | Show all posts

aiyoooo... hb nmpak wife dgn lelaki lain... wife nmpak hubby dgn pompuan lain...
sapa punya level cemburu paling tinggi?

btul2 suspen smiley stop kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 04:21 PM | Show all posts
kita tunggu & lihat aje....
nak speku ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 04:28 PM | Show all posts
suspen-suspen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2011 04:29 PM | Show all posts
semput baca
bagus juga juna buka rmh baru cerita akan bertambah panjang lagi la la la la la
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 04:38 PM | Show all posts
semput baca
bagus juga juna buka rmh baru cerita akan bertambah panjang lagi la la la la la{:1_152 ...
qimi08 Post at 14-3-2011 16:29



    akan bertmbah pjng atas permintaan ramai.....

harap cik pai ayam kekalkan tahap kesabarannya....
dan tiba2 Puan Sri Salbiah muncul selamatkan keadaan...
pasti Nia Arora terlopong berkenalan dgn wife Amir yg cun tu....
dan Jaafar juga terkesima berkenalan dgn suami Lia yg kaya dan hensem tu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 04:45 PM | Show all posts
suspennnyerrr..hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 05:51 PM | Show all posts
thanks kak juna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.295612 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list