CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9563|Reply: 0

[Sarawak] JKDM rampas 24.4kg syabu cuba diseludup ke Sarawak guna kurier

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang dirampas dalam operasi tersebut.

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 24,400 gram dadah jenis syabu yang cuba diseludup masuk ke negeri ini menggunakan perkhidmatan kurier.

Pengarah JKDM Sarawak Norizan Yahya berkata, dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM872,000 dikesan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 18 Mac di dalam dua bungkusan.

"Dua bungkusan tersebut didapati dihantar dari Shah Alam kepada seorang wanita yang beralamatkan di sebuah pangsapuri di Taman Stapok, Kuching.

"Bagaimanapun, penerima enggan menerima bungkusan tersebut di lokasi dan sebaliknya meminta untuk menuntutnya di kaunter syarikat kurier berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, intipan dan risikan telah dilakukan sehingga 22 Mac sebelum dadah tersebut dirampas untuk siasatan lanjut.

"Intipan dan penyamaran telah dilakukan selama empat hari di kaunter syarikat kurier, namun tiada individu yang tampil untuk membuat tuntutan.

"Bungkusan tersebut kemudian telah disita oleh Cawangan Narkotik JKDM Sarawak pada 22 Mac 2024," katanya.

Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan tersebut mengandungi 24,400 gram ketulan kristal yang disyaki dadah Berbahaya jenis Methamphetamine atau syabu.

"Jumlah berat dadah sekitar 24,400 gram dan dianggarkan seramai lebih 120,000 orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

"Cawangan Narkotik JKDM Sarawak telah menggerakkan usaha untuk mengesan individu yang berkaitan dengan rampasan tersebut dengan berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada pengendali perkhidmatan kurier, penyedia perkhidmatan atas talian, rekod telekomunikasi dan rekod perbankan individu- individu berkaitan," katanya.

JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

"Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.159274 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list