CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7991|Reply: 0

[Sarawak] Nur Azhar Bujang angkat sumpah sebagai Setiausaha DUN Sarawak

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode


Nur Azhar mengangkat sumpah sebagai Setiausaha DUN di Bangunan DUN, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Peguam Kanan Negeri Nur Azhar Bujang mengangkat sumpah pelantikan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Azhar, 39, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Bangunan DUN pada jam 10 pagi.

Upacara angkat sumpah tersebut dimulakan dengan ikrar angkat sumpah oleh Nur Azhar dan seterusnya menandatangani watikah pelantikan sebagai Setiausaha DUN Sarawak.

Nur Azhar merupakan lulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2009 dan Sarjana Muda Undang Undang (Kepujian) pada 2010 dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri.

Beliau memulakan kerjayanya di sektor swasta dengan bekerja di firma guaman di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Sarawak untuk menyertai perkhidmatan awam negeri sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

Anak kelahiran Kuching itu kemudian meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital di University of Glasgow Scotland dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan Sarawak.

Sekembalinya daripada pengajian sarjana, beliau merupakan salah seorang barisan peguam di dalam kes berprofil tinggi mewakili kerajaan Sarawak, antaranya melibatkan kes berhubung PETRONAS dengan kerajaan Sarawak.

Selain litigasi, Nur Azhar turut terlibat dalam proses pengubalan undang-undang, bahagian nasihat, termasuk mewakili kerajaan Sarawak dalam rundingan bersama kerajaan persekutuan.

Atas khidmat dan jasa yang dicurahkan, beliau dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Hadir sama menyaksikan upacara berkenaan ialah isteri Speaker DUN Sarawak Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar, Timbalan Speaker DUN Sarawak Dato Idris Buang, Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Saferi Ali serta kakitangan DUN Sarawak yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.075044 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list