CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7992|Reply: 6

[Tempatan] Bekas pengurusan tertinggi JPM, MOF antara 47 saksi bicara kes Adam Radlan

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pengurusan tertinggi JPM, MOF antara 47 saksi bicara kes Adam Radlan
Oleh Faris Fuad - Mac 27, 2024 @ 11:44am
faris.fuad@bh.com.my



Adam Radlan Adam Muhammad. - NSTP


KUALA LUMPUR: Bekas pengurusan tertinggi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF) disenarai antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Adam Radlan Adam Muhammad.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh, dengan salinan senarai saksi berkenaan sudah pun diserahkan kepada pihak pembelaan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut itu.

Adam Radlan turut diminta tidak mengganggu saksi terbabit sepanjang kes berjalan.

"Pada sebutan kes hari ini juga ada dua perkara... yang pertama status dokumen (pertuduhan) predikat (rasuah) dan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang mana sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.


"Seterusnya berhubung status penyerahan penyataan bertulis saksi di bawah Seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sama ada menyerahkannya 14 hari sebelum saksi memberi keterangan.

"Menurut Seksyen 402B Subseksyen 2c, kami akan serahkan penyataan saksi 14 hari sebelum perbicaraan pada 27 Mei ini," katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Peguam bela Adam Radlan, Alaistair Brandah Norman, mengesahkan menerima dokumen berkenaan, namun memohon tempoh sebulan untuk penyataan itu diserahkan sebelum saksi memberi keterangan, kepada pembelaan mengikut arahan anak guam.

"Ia atas sebab pertuduhan atas kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan AMLA.

"Yang keduanya mengambil kira peguam utama yang perlu meneliti penyataan saksi, saya percaya pendakwaan akan memanggil 47 saksi dalam kes ini," katanya.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry, memohon pengesahan sama ada penyataan semua saksi perlu diserahkan sebelum bermula perbicaraan.

Hakim kemudian membenarkan penyataan diserahkan kepada pembelaan dalam tempoh 14 hari sebelum setiap saksi hadir memberi keterangan.

"Tarikh bicara pada 27 hingga 29 Mei ini dikekalkan, manakala sebutan kes seterusnya pada 9 Mei ini untuk status penyerahan penyataan saksi," katanya.

Sebelum ini, Suzana menetapkan perbicaraan kes Adam Radlan selama 15 hari iaitu 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun, 9 hingga 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.

Pada 9 November lalu, ahli perniagaan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.6 juta.

Adam Radlan sebagai Pengarah Bumiraya Sdn Bhd memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM3.675 juta dari akaun CIMB Bank Berhad milik syarikat itu ke akaun bank sama milik tertuduh serta tiga individu lain termasuk Nabilah Mahiaddin antara 1 Disember hingga 27 Disember 2022.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama serta boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Di Mahkamah Shah Alam pada 22 Februari tahun lalu pula, Adam Radlan didakwa atas dua tuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd mendapatkan dua projek.

Ahli perniagaan itu juga dihadapkan sebanyak tiga kali di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum ini.

Pada 25 Oktober lalu, Adam Radlan didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000 dari akaun CIMB Bank Berhad miliknya di CIMB Berhad, Cawangan Bukit Tunku di sini antara 2 Disember 2021 hingga 22 Februari 2022.

Pada 28 Februari 2023 pula, dia didakwa secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian Tian Chuan sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.

Pada 21 Februari tahun sama, Adam Radlan didakwa meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh Mat Jusoh Mamat iaitu Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd dan suapan bernilai RM500,000 daripada individu sama berhubung projek Jana Wibawa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlok nya…
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru herlok.
Plis cekik saya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:11 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 27-3-2024 05:18 PM

Herlokkknyehh
  




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalo herlok acik2 kepam gundu kena maafkan beliau ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 27-3-2024 05:11 PM
Herlokkknyehh

Memang herlokkk, tinggi, muka manyak hensem, badan sedap2... Umur 43 tahun... Sape la bini dia weiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2024 12:37 AM | Show all posts
PN best...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057542 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list