CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6262|Reply: 0

Padang bukan faktor penentu kekalahan Malaysia - Darren

[Copy link]
Post time 27-3-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

DARREN mengawal bola dari pemain Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Penyerang Harimau Malaya Darren Lok percaya bahawa padang bukanlah faktor penentu kekalahan 0-2 Malaysia menentang Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam tadi.

Pemain Sabah FC berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa keadaan padang tidak seharusnya dijadikan alasan kerana kedua-dua pasukan menghadapi situasi yang sama.

"Ia (padang) tidak begitu teruk, kami tidak boleh menggunakan padang sebagai alasan, kedua-dua pasukan terpaksa bermain di atas padang itu dan malam ini (malam tadi) bukanlah malam kami, Oman mendapat kemenangan dan kami kecewa.

"Sekarang, kami perlu bangkit dan fokus pada perlawanan Jun ini kerana perlu memenangi dua perlawanan lagi. Kini, masanya untuk membetulkan keadaan dan kembali dengan sedikit keyakinan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.


Pada masa sama, Darren meluahkan bahawa masa tidak memihak kepada Malaysia semasa dua perlawanan menentang Oman, termasuk kekalahan 0-2 di Muscat minggu lepas, berikutan ketiadaan perlawanan kompetitif hampir dua bulan kerana Liga Malaysia (Liga-M) masih dalam fasa pramusim.

"Kami membuat persediaan dengan baik, jurulatih memberikan segala-segalanya dan kami berlatih dengan bersungguh-sungguh, namun masanya tidak sesuai," katanya.

Sementara itu, penyerang naturalisasi Romel Morales percaya Malaysia masih mempunyai peluang untuk merebut dua tempat teratas kumpulan bagi mengesahkan tempat dalam kelayakan Piala Asia 2027 dan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 27 tahun itu berkata yang penting ialah pasukan harus terus berusaha keras menjelang baki dua perlawanan pada Jun.

"Kami tahu kami ada pasukan baik, pemain yang bagus, kami akan cuba yang terbaik, kami tahu akan dapat melakukannya. Masih ada dua perlawanan dan kami percaya dapat mengumpul enam mata untuk mara ke pusingan seterusnya," kata pemain kelahiran Colombia itu.

Kekalahan malam tadi merupakan yang kedua buat Malaysia, sekali gus menyukarkan untuk mencapai misi layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Malaysia kekal di tempat ketiga Kumpulan D dengan enam mata terkumpul, manakala Kyrgyzstan mendahului dengan sembilan mata selepas menewaskan Taiwan 5-1, diikuti Oman yang menghuni tangga kedua, juga sembilan mata manakala Taiwan di kedudukan terakhir tanpa sebarang mata.

Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat dalam Piala Asia 2027, manakala dua pasukan terbawah akan bermain di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan Kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... han-malaysia-darren
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list