CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

Kim Pan-gon mohon maaf, enggan ulas isu padang SNBJ

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon anggap anak-anak buahnya sudah berikan aksi terbaik ketika bertemu Oman semalam. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan mengulas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebaliknya mohon maaf selepas tewas kepada Oman 0-2 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 semalam.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi membalas dendam gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan apabila pelawat meraih gol menerusi Omer Al Malki.dan Mohammed Mubarak Al-Ghafri .

Kata Pan-gon, barisan pemain telah memberikan yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan untuk mencuri mata berharga.

“Sebagai ketua jurulatih, saya mohon maaf kepada peminat bola sepak tanah air kerana tidak dapat berikan anda kebanggaan atau keputusan lebih baik kali ini.

“Pemain telah berdepan dengan situasi sukar dan kami sangat hargai usaha peminat yang hadir ke stadium untuk terus menyokong pasukan.

“(Mengenai padang), saya boleh bercakap tetapi lebih baik saya tidak ulas apa-apa dan apa yang boleh saya katakan ini adalah perlawanan yang sukar,” katanya selepas tamat perlawanan.

Keadaan padang SNBJ telah dikritik hebat kerana tidak berada dalam keadaan sempurna selepas penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada bulan lepas.

Malaysia kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D dan masih memiliki peluang untuk mara ke pusingan kelayakan seterusnya apabila bakal menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada pada Jun depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... as-isu-padang-snbj/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048170 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list