CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

[Melaka] Tokan vape ganja diberkas di R&R Ayer Keroh

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

ROKOK elektronik mengandungi cecair ganja yang dirampas dalam serbuan di R&R Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Seorang lelaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja termasuk dalam bentuk cecair rokok elektronik atau vape diberkas dalam serbuan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Ahad lalu.

Suspek berusia 45 tahun itu diberkas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka pada pukul 1.35 tengah hari.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dalam tangkapan itu sebanyak 41.28 kilogram ganja dan 300 unit cecair ganja dianggarkan bernilai RM130,971 telah dirampas.

“Pasukan terlebih dahulu telah mengekori suspek yang menaiki van dan dia berjaya diberkas ketika sedang berehat di kawasan R&R berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam van telah menemukan dadah ganja termasuk bentuk cecair vape dan kita percaya ia turut dijual kepada pelajar sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan awal, sindiket itu disyaki telah aktif sejak awal tahun lalu.

“Semakan rekod dijalankan mendapati suspek berkenaan yang juga bekerja sebagai penghantar barang mempunyai satu rekod dadah lampau.

“Ujian saringan air kencing bagaimanapun menunjukkan dia negatif dadah. Permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan sehinhha 30 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... s-di-rr-ayer-keroh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list