CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3776|Reply: 0

[Perlis] Lebih 830kg makanan, minuman lebihan bazar diselamatkan di Perlis

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 830kg makanan, minuman lebihan bazar diselamatkan di Perlis

27 Mac 2024 08:57am








Gambar hiasan




ARAU - Sejumlah 836.65 kilogram (kg) makanan dan minuman yang tidak habis dijual peniaga di Bazar Ramadan Arau berjaya diselamatkan bagi tempoh 19 Mac hingga semalam.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis, Shamsuharizal Basir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 675 kg merupakan minuman tidak terjual, manakala selebihnya 161.65 kg ialah makanan.



"SWCorp menjalankan Program MySavefood ini dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia melalui sukarelawan Hero Kebersihan melibatkan pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Bazar Ramadan Arau ini.

"Program ini hanya dilaksanakan lapan hari bermula 19 hingga 26 Mac. Lebihan makanan yang masih elok dan belum disentuh di Bazar Ramadan Arau ini diagihkan kepada golongan asnaf," katanya ketika ditemui Bernama di tapak bazar Ramadan itu di sini malam tadi.



Shamsuharizal berkata, meskipun program itu lapan hari sahaja, peniaga bazar Ramadan boleh mengelakkan pembaziran dengan cara sentiasa membuat perancangan berkesan sebelum menjual makanan dan minuman masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, janaan sisa sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam tempoh Ramadan tahun lepas menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding 2022.

"Hal ini menunjukkan keberkesanan kempen SWCorp dengan kerjasama pihak kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan NGO (badan bukan kerajaan) ... harapan SWCorp untuk tahun ini akan berlaku juga penurunan (bagi janaan sisa sampah)," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062775 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list