CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4945|Reply: 0

Gol Bellingham selamatkan maruah England

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:20 AM | Show all posts |Read mode

JUDE Bellingham meraikan jaringannya. FOTO AFP

London: Jude Bellingham menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk membolehkan England meraih keputusan seri 2-2 dengan Belgium awal pagi tadi di Wembley selepas Youri Tielemans menjaringkan dua gol pasukan pelawat.

Tielemans meletakkan pelawat di depan selepas 11 minit dengan Ivan Toney menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti tidak lama selepas itu, sebelum tandukan Tielemans menyaksikan Belgium mendahului 2-1 ketika rehat.

Ia dilihat agak kejam buat England, yang kelihatan tidak sama seperti pasukan yang tunduk di tangan Brazil Sabtu lalu dan mereka berhak meraih gol penyamaan lewat aksi.

"Jude sudah tentu menjadi tajuk utama dan semangat kompetitif, keinginan untuk tidak kalah, keinginan untuk menang akhirnya menjadi kunci kepada gol kemenangan lewat permainan itu, adalah penentu dalam mendapatkan gol lewat.


"Tetapi saya fikir seluruh pasukan menunjukkannya semangat sama sepanjang perlawanan dan bangkit daripada kekalahan bersama pasukan yang kurang berpengalaman," kata bos England, Southgate.

Bagi Bellingham pula banyak pengajaran yang diperolehi daripada dua aksi persahabatan itu.

"Saya sedar kutukan yang akan kami terima jika kami kalah dua perlawanan berturut-turut," kata Bellingham.

"Kami patut menang dengan semua peluang yang kami cipta tetapi dua perlawanan ini banyak memberi kami pengajaran. Saya tahu ramai yang akan mengecam tetapi kami perlu mengambil yang positif.

"Saya pasti pengurus akan gembira dengan cara kami bermain. Anda tidak akan gembira dengan kalah atau seri tetapi kami perlu bergembira dengan cara kami beraksi," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tkan-maruah-england
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list