CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5519|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki direman empat hari bantu siasat kes khianat dengan parang

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


Anggota polis dibantu oleh anggota bomba ketika menjalankan tangkapan ke atas suspek di Jalan Kampung Nyabor, petang Isnin.

SIBU: Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari berhubung satu kes khianat yang berlaku di sebuah bengkel membaiki pendingin hawa di Jalan Hua Kiew di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, pengadu yang juga pemilik bengkel berkenaan telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bertindak memukul dan memecahkan cermin sebuah ambulans dengan menggunakan parang jenis 'kwan tao'.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 43 tahun itu kemudian berjaya dikesan dan ditahan berdekatan Pintu Gerbang Sibu pada jam 2 petang.

"Suspek kini direman selama empat hari sehingga 30 April depan dan punca kejadian masih dalam siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan parang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, polis juga merampas sebilah kerambit dari tangan suspek dan sebilah parang jenis 'kwan tao' yang dijumpai di dalam kenderaan yang dipandunya.
Menurutnya lagi, suspek serta barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063398 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list