CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5492|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan, baik pulih, naik taraf kemudahan bagi SUKMA 2024 mesti siap menjelang Jun

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim bercakap kepada pemberita sejurus selepas merasmikan pelancaran Motosikal Elektrik Ebixon di Muzium Budaya Borneo hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan telah mengeluarkan arahan untuk semua kerja pembinaan, baik pulih dan naik taraf kemudahan sukan bagi SUKMA 2024 disiapkan menjelang Jun.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang perkembangan terkini berkaitan persiapan atlet dan prasarana kemudahan sukan itu di sini.

"SUKMA dalam tempoh lima bulan lagi, kalau hendak dalam peratusan bagi persiapan prasarana dan atlet, saya tidak dapat berikan.

"Kerana banyak kemudahan ada 45 tempat di lima bahagian di seluruh Sarawak sekarang sedang dinaik taraf, dibaik pulih dan ada yang hampir siap dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau tambahnya, telah mengadakan lawatan ke tiga lokasi kemudahan sukan di sini bagi meninjau dan melihat lebih dekat perkembangannya.

Tiga kemudahan tersebut adalah Dewan Wushu yang masih dalam pembinaan, yang akan disiapkan pada bulan Jun.

Selain itu lawatan ke Stadium Sarawak yang mana akan diadakan sukan balapan, Sports Village di UNIMAS untuk penginapan para kontinjen Sarawak menjelang SUKMA 2024 nanti.

Karim bagaimanapun berkata pihaknya akan sentiasa mengadakan lawatan ke semua kemudahan sukan terbabit bagi melihat perkembangan terkini kerja penyiapannya.

Beliau juga percaya kerajaan pusat akan menyalurkan peruntukan bagi penganjuran SUKMA 2024 yang belum diketahui lagi jumlahnya setakat ini.

Sebelum itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Premier Sarawak bagi membincangkan hal-hal berkaitan SUKMA.

"Beliau turut mengadakan perbincangan dengan saya tentang bagaimana hendak memajukan dan meningkatkan lagi sukan.

"Kerana beliau dapat melihat Sarawak satu-satunya negeri yang memberi penekanan yang amat mendalam terhadap pembangunan sukan," katanya.

Pada masa yang sama, Sarawak kini sedang giat membina 17 hingga 18 Kompleks Sukan Mini di peringkat daerah seluruh Sarawak.

"Kompleks Sukan Mini ini mempunyai kluster-kluster tertentu, kemudahan untuk empat ke lima jenis sukan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa selain daripada membangunkan negeri dan meningkatkan ekonomi kita juga memastikan bahawa tahap sukan yang bersangkut-paut dengan belia dipertingkatkan.

"Ini telah sedikit sebanyak menarik minat MOM, kerana mereka tahu Sarawak serius dalam usaha membangunkan sukan," katanya sambil menambah, dijanjikan oleh presiden MOM itu untuk membawa lebih banyak acara sukan di bertaraf antarabangsa ke Sarawak.

Ini adalah sesuatu yang bagus dalam usaha saya dan pasukan untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri berprestasi tinggi dalam sukan, tegasnya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.371104 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list