CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5428|Reply: 0

[Perlis] Mekanik disiasat kerana didakwa khianat MPV Adun

[Copy link]
Post time 26-3-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Mekanik disiasat kerana didakwa khianat MPV Adun


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Suspek (hadapan sekali, bertopi dan berbaju biru) di bawa keluar dari Mahkamah Kangar dengan diiringi polis bagi membantu siasatan kes khianat merosakkan cermin MPV ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling. FOTO AIZAT SHARIF




Kangar: Mekanik direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes khianat dengan merosakkan cermin hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan bata, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas suspek berusia 36 tahun dibawa ke Mahkamah Kangar.

Menurutnya, suspek direman sehingga 29 Mac ini untuk membantu siasatan kes ini.

"Motif sebenar masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati suspek suka mengganggu mangsa dengan menelefon serta menggunakan platform aplikasi WhatsApp sebelum ini," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.


Semalam, cermin hadapan Nissan Grand Livina milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Gan Ay Ling pecah selepas dibaling bata oleh seorang individu di kediamannya, di sini.



Disiarkan pada: Mac 26, 2024 @ 1:02pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058750 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list