CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5620|Reply: 1

Endrick bakal jadi tonggak penting kelab, negara - Dorival

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Brazil, Dorival Junior (kanan) yakin pemain muda, Endrick (tengah) akan jadi tonggak penting untuk Real Madrid dan negara. - Foto REUTERS

MADRID: Brazil menjangkakan bintang baharunya, Endrick akan memainkan peranan penting untuk kelab dan negara selepas pemain remaja itu menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 ke atas England di Wembley, kata pengendalinya, Dorival Junior.

Endrick, 17, masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol pertamanya untuk Selecao dalam aksi persahabatan berkenaan.

Dia yang akan menyertai Real Madrid dari Palmeiras apabila mencapai usia 18 tahun pada Julai, menjadi pemain lelaki termuda menjaringkan gol di stadium ikonik itu untuk memberikan kemenangan pertama buat Dorival yang membimbing Brazil pada perlawanan sulungnya.

"Endrick akan membawa kegembiraan kepada peminat-peminat Real Madrid, itu sudah pasti. Dia mempunyai masa depan yang cerah dan cepat matang.


"Ketajamannya di depan gawang sangat luar biasa. Dia agresif, bengis, menggunakan ruang sebaik-baiknya dan mempunyai keupayaan unik di hadapan gol," kata Dorival.

Dorival bagaimanapun tidak akan menurunkan Endrick dalam kesebelasan utama menentang Sepanyol di Santiago Bernabeu awal pagi esok, tetapi berjanji peminat akan dapat melihatnya beraksi dalam perlawanan persahabatan itu.

"Kami perlu berhati-hati, langkah demi langkah, supaya dia berkembang secara semula jadi, tanpa meletakkan jangkaan terlalu tinggi ke atas seseorang yang baru memulakan kariernya," katanya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... elab-negara-dorival
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 02:15 PM | Show all posts
Bakat yang besar dan boleh dikembangkan untuk si endrick ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053163 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list