CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4921|Reply: 0

[Sabah] Mahu ada perubahan, pelbagai isu bebani rakyat

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:40 AM | Show all posts |Read mode


MESRA: Naib Presiden Parti WARISAN Datuk Jaujan Sambakong bermesra dengan Ahli-ahli Bahagian Papar.

PAPAR: Kepelbagaian isu rakyat yang wujud pada hari ini telah menyebabkan masyarakat tidak sabar untuk melihat satu perubahan.

Naib Presiden Parti WARISAN Datuk Jaujan Sambakong berkata, rakyat kini semakin resah dan hidup dengan bebanan tinggi, isu seperti masalah air, kos sara hidup tinggi semakin menekan rakyat.

"Tidak kira di mana rakyat berada, mereka semua menyuarakan perkara yang sama. Ini bukan suara pembangkang sebaliknya rakyat jelata.

"Selain itu, sekiranya subsidi petrol dan diesel ditarik semula, maka ia sudah pasti akan menambah bebanan rakyat kerana ia berhubung kait dengan keperluan harian," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Asnaf di Kampung Surapit di sini, hari ini.

Beliau berkata, jelajah yang diadakan selama ini adalah untuk mendapatkan maklum balas rakyat mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, tidak wajar menuduh bahawa pembangkang menabur fitnah kerana semua perkara yang disuarakan adalah fakta.

"Pelbagai rancangan dan insentif diumumkan kerajaan negeri, tetapi kita masih menerima maklum balas dari rakyat mereka tidak merasai manfaat yang diumumkan itu.

"Ini rakyat yang cakap, bukan pembangkang...kita pembangkang yang bertanggungjawab kepada rakyat dan Sabah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata, sekiranya langkah yang diambil kerajaan adalah bermanfaat dan dinikmati rakyat, pembangkang tidak ada sebab untuk tidak menyokong.

"Fitnah adalah satu perbuatan dosa, dan kita bersama-sama adalah beragama Islam.

"Kita tidak akan menyuarakan sesuatu isu tanpa fakta, kita tidak akan cakap benda yang tidak betul, kerana itu adalah fitnah," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/mahu-ada-perubahan-pelbagai-isu-bebani-rakyat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052533 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list