CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16246|Reply: 1

[Kedah] Bomba siasat pempengaruh, langgar arahan masuk premis terbakar

[Copy link]
Post time 25-3-2024 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Bomba siasat pempengaruh, langgar arahan masuk premis terbakar

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

25 Mac 2024 06:44pm




Nor Hisham (tiga, kanan) menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 di Ibu Pejabat JBPM Kedah, di sini, pada Isnin.




ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan siasatan terhadap seorang lelaki yang juga pemilik butik berikutan tindakan melanggar arahan apabila dia masuk ke dalam butik pakaiannya yang terbakar di Bandar Baru Bangi, Kajang, di sini pada Sabtu.

Ketua Pengarah JBPM Kedah, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan terhadap kandungan TikTok dimuat naik pempengaruh tersebut.



Beliau berkata, pemilik terbabit telah melanggar arahan dengan masuk ke dalam butik meskipun pegawai bomba telah cuba menghalang lelaki itu dari masuk ke dalam premis.

"Dari segi keselamatan yang saya bimbang, kita tengok bomba memakai alat Pernafasan atau Breathing Apparatus (BA) sebab kita tahu bahawa bukan senang nak masuk kawasan yang ada asap.



"Tetapi apabila mereka masuk itu (ia) menyebabkan (risiko) satunya kepada keselamatan mereka.

"Prinsip utama kita apabila kita respons kepada kebakaran adalah kita cuba menyelamatkan nyawa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kedah dan JBPM Perlis di Ibu Pejabat JBPM Kedah, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang dan Pengarah JBPM Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma'at.




Nor Hisham menjelaskan, pihak bomba akan cuba menyelamatkan nyawa sekiranya ada penghuni dalam premis terbabit.

"Keduanya, adalah nyawa orang awam.




"Jikalau yang tidak ada dalam (premis) jangan masuk supaya kita tak terkorban. Ketiga, nyawa responden sendiri.

"Jadi dalam konteks ini, kita punya keutamaan kedua itu, dia (pempengaruh) langgar," katanya.

Beliau mengingatkan, sebilangan orang awam yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang kebakaran tidak dapat mengagak risiko akan dihidapi mereka.

Menurut beliau, orang awam boleh mengalami sesak nafas sebelum rebah ataupun pengsan pada bila-bila masa sahaja apabila memasuki kawasan dipenuhi asap.

Sehubungan itu, Nor Hisham memaklumkan, JBPM akan melakukan siasatan menyeluruh termasuklah dari aspek perundangan.

"Dari segi perundangan, kita akan melihat dua, tiga sudut tetapi satu sudut itu adalah bagaimana dia ingkar kepada perintah kita.

"Keduanya, dia menghalang keberkesanan kita melawan kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata, pempengaruh boleh memuat naik sebarang kandungan namun ia tidak sepatutnya sehingga boleh mengancam nyawa.

"Dia boleh buat content tapi jangan sampai mengancam nyawa.

"Keduanya ialah dia jangan sampai mengacau kelancaran melawan api.

"Sebagai contohnya dia masuk dalam premis itu dia buka pintu kan, sepatutnya jangan buka dan biar sahaja (supaya) kita lawan api," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berlaku di ruang tangga butik pakaian yang diletakkan longgokan kotak dan bukannya dalam bangunan berkenaan.

"Ini merupakan satu permasalahan yang serius sebab tangga ini merupakan laluan pelepasan diri, (namun) apabila tangga ini letakkan bahan-bahan terbakar macam itu, (maka) ia akan menyebabkan orang cakap risiko kepada penghuni-penghuni lain.

"Jadi, satu penghuni yang letak tetapi dia memberi risiko kepada pengundi-pengundi lain," katanya.

Sebelum itu, kejadian kebakaran itu tular selepas pemilik butik terbabit memuat naik satu klip video berdurasi 46 saat di TikTok.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Makna kata bomba pun tak tau lah diorang ni buat content, tu berlagak jadi hero nak padam api sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.521405 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list