CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7651|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pencemaran alam, pesalah bakal didenda RM10 juta

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Denda sehingga RM10 juta atau tempoh pemenjaraan lebih lama berbanding peruntukan sedia ada dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), bakal dikenakan kepada individu disabitkan kesalahan berkaitan pencemaran alam.

Perkembangan tersebut bakal dilaksanakan selepas Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 bagi meminda 28 seksyen dalam Akta 127.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pesalah berdepan julat kadar denda antara RM5,000 hingga RM10 juta, selain penjara mandatori tidak melebihi lima tahun.

Selain itu, kadar kompaun turut ditingkatkan daripada maksimum RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum kesalahan berkaitan.

“RUU ini menetapkan denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan membabitkan pencemaran air, pencemaran buangan minyak serta buangan di perairan Malaysia serta pelupusan haram buangan terjadual.

“Selain itu, penjara mandatori maksimum lima tahun bagi kesalahan membabitkan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air dan ketidakpatuhan kepada keperluan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan 13 wakil kerajaan dan pembangkang.

Kelulusan RUU itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Nik Nazmi juga yakin pindaan berkenaan akan memantapkan penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berulang, selain mendidik pihak industri dan masyarakat melestarikan alam sekitar. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -didenda-rm10-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.428353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list