CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3512|Reply: 0

[Kedah] Polis tingkat pemeriksaan di pintu sempadan kekang aktiviti seludup

[Copy link]
Post time 25-3-2024 02:25 PM | Show all posts |Read mode

FISOL Salleh (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima Sempena Memperingati Hari Polis ke 217 di IPK Kedah. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Polis akan meningkatkan operasi penguat kuasaan di pintu masuk sempadan negara untuk mengekang aktiviti penyeludupan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyeludup mengambil kesempatan sepanjang tempoh musim perayaan ini.

Menurutnya, berikutan itu satu mesyuarat akab dibuat bersama Ketua Polis Daerah dan agensi berkaitan bagi membincangkan semua masalah dan perkara yang perlu diberi perhatian.

"Antara yang akan ditekankan adalah isu ketirisan barangan bersubsidi terutama diesel dan petrol.


"Selain itu, akan ada juga pihak mengambil kesempatan menyeludup masuk imigran, jadi polis Kedah akan sentiasa bersedia bagi memastikan aktiviti penyeludupan itu tidak berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai tujuh pegawai polis menerima Surat Penghargaan Anugerah Integriti manakala lima anggota dan pegawai menerima Surat Penghargaan yang disampaikan oleh Fisol.

Selain itu, tiga individu iaitu dua dari Jabatan Kimia Malaysia dan seorang dari Hospital Sultanah Bahiyah, masing-masing menerima surat penghargaan awam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-aktiviti-seludup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list