CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3534|Reply: 0

[Selangor] T20 boleh dapat subsidi

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Ekonomi memaklumkan golongan M40 dan T20 juga tidak perlu risau mengenai bantuan kerana mereka akan menerima subsidi bersasar sekiranya layak.

Kementerian itu berkata, subsidi bersasar mengambil kira pendapatan isi rumah bersih selepas ditolak belanja dan juga pembolehubah lain seperti tanggungan.

“Sebuah keluarga T20 ialah yang mempunyai pendapatan kasar RM15,000.

“Jika mereka ada lapan anak, pendapatan bersih mungkin jatuh ke M40 dan layak mendapat subsidi,” katanya dalam status di laman X.

Sehubungan itu, golongan M40 dan T20 yang selama ini tidak pernah mendapat bantuan tunai kerajaan perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah mereka ke dalam Pangkalan Data Utaman (Padu) sehingga 31 Mac ini.

Terdahulu, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli telah mengumumkan golongan yang mendapat subsidi bersasar dalam kumpulan B40 dan M40, atau juga digelar B80. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/t20-boleh-dapat-subsidi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049278 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list