View: 4968|Reply: 15
|
[Tempatan]
Datang Ke Meja Pukul 1.30 Pagi, Jejaka Herlok Jual Burger Premium Homemade RM7.90 Je!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
DEMI mencari rezeki yang halal, kebanyakan individu tidak kisah melakukan apa jua pekerjaan, malah ada yang sanggup bersengkang mata membanting tulang sehingga lewat malam.
Begitu juga dengan seorang pemuda ini yang gigih berjalan dari meja ke meja menjual burger homemade kepada pengunjung di sebuah restoran di ibu kota.
Video memaparkan gelagatnya mendekati pelanggan dengan sopan sambil wajah yang tidak lekang dengan senyuman, mengundang pujian warga maya selepas ia dikongsikan seorang individu dikenali sebagai Abang Muliadi di laman TikTok.
"Tahniah anak muda. Pukul 1.30 pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang-calang jual burger meja ke meja," demikian kapsyen yang ditulis mengiringi video berkenaan.
Individu tersebut malah sempat menyapa penjual burger yang dikenali sebagai Faiz selain sempat memberikan kata-kata semangat buatnya.
Video yang dimuat naik oleh individu berkenaan menjadi tular hingga meraih lebih 268,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen.
Kebanyakan warga maya memuji kegigihan serta pendekatan sopan penjual burger berkenaan.
Malah tidak kurang juga ramai yang mengakui pernah menjadi pelanggannya dan berkongsi riviu kelazatan burger homemade yang dijual pemuda tersebut.
"Pernah beli burger dia dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Memang sedap. Dah lama cari abang ni... asyik tersenyum je.
"Sumpah sedap burger dia. Menyesal beli satu je. Harga dia memang sumpah rasa murah sangat dah.
"Burger homemade dengan harga RM7.90 tu memang berbaloi. Patty tebal dan juicy... sedap pula tu," demikian antara komen netizen.
Disebabkan video berkenaan tular, individu tersebut memuat naik satu lagi video berasingan, khas untuk penjual burger itu mempromosikan jualannya kepada warga maya.
Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan malah memujinya kerana sanggup mencari penjual burger tersebut pada hari berikutnya semata-mata mahu membantu bisnes kecilnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
simpan misai sikit, janggut nipis kt dagu
no no yg bwh bibir tu ye
done komen how do he looks |
|
|
|
|
|
|
|
Moga murah rezeki abg beger dan semua penjaja kecil2an |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 25-3-2024 07:58 PM
Boikot Fattah Kayu Amin
Sepohon kayu daunnya rimbun.
|
|
|
|
|
|
|
|
awat lewat sgt
murah terok |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm aku takkan beli apa2 dari org yg spelling faris jadi "fareastaisy" |
|
|
|
|
|
|
|
i masak burger homemade sejam sebelum buka..lepas sejam keras roti pon keras.,,camnooo nak sedap mcm burger cp |
|
|
|
|
|
|
| |
|