CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3964|Reply: 0

Habib, Nafuzi bersatu di Kedah

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Habib Haroon (kiri) dan Nafuzi Zain.

ALOR SETAR: Desas-desus mengenai hala tuju pemain import Habib Haroon musim ini akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Pengumuman kemasukan pemain yang beraksi bersama Terengganu FC (TFC) pada musim lalu itu dibuat media rasmi KDA FC sebentar tadi sekali gus menyaksikan Habib menjadi pemain import ketiga skuad kendalian Nafuzi Zain.

Dua pemain import yang sudah dimuktamadkan Sang Kenari sebelum ini ialah pemain sayap Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan Sony Norde dari Haiti.

"KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali di Liga M ketika bersama Terengganu FC dan aksi beliau di Liga Malaysia musim lepas menarik perhatian pengurusan untuk diikat bergandingan dengan pemain berpengalaman lain.


"Pemain berusia 23 tahun ini memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari musim 2024/25 sekali gus penyatuan semula dengan Nafuzi yang turut mengendalikan TFC sebelum ini.

"Khidmat Habib akan memperkuatkan bahagian tengah Sang Kenari dengan rangkaian pemain tempatan yang lain dan dengan kreativiti beliau di bahagian tengah, tidak hanya membuat umpanan berbahaya kepada rakan tetapi turut juga mampu menghasilkan gol dari sudut sukar," menurut kenyataan itu.

https://www.bharian.com.my/sukan ... zi-bersatu-di-kedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047925 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list