CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4203|Reply: 0

[Perlis] Macam tak percaya Arau hujan

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan hujan lebat yang turun di Perlis selama 30 minit di Arau kelmarin.

ARAU – Penduduk Perlis menzahirkan rasa syukur dan teruja apabila hujan membasahi sebahagian bumi Perlis setelah kira-kira dua bulan mengharungi cuaca panas dan kemarau.

Penduduk, Mohamad Afandi Hashim, 30, berkata, dia berasa gembira dan bersyukur selepas hujan lebat kira-kira pukul 6 petang, kelmarin.

“Ketika itu saya ingin keluar mencari juadah berbuka dan mendapati hujan lebat di sekitar Arau selama kira-kira 30 minit. Perasaan pada ketika itu memang gembira, teruja dan ber­syukur.

“Perasaan teruja itu timbul kerana sudah lama kami tidak merasai hari hujan. Apabila mendengar bunyi titisan dan bau wap air yang terhasil akibat hujan lebat itu, ia umpama pe­ngubat rindu setelah sekian lama Perlis kemarau,” katanya di sini semalam.

Katanya lagi, dia juga ber­syukur kerana hujan lebat itu menyejukkan persekitaran, mengurangkan habuk akibat cuaca panas dan kering serta menyifatkan ia adalah salah satu nikmat pada bulan Ramadan ini.

Hujan lebat kelmarin turut berlaku di kawasan selatan seper­ti Tambun Tulang, Guar Sanji, Pauh dan sebahagian kawasan Kangar di negeri itu, manakala bahagian utara Perlis tiada hujan.

Untuk rekod, sepanjang Mac ini, Perlis beberapa kali mendapat amaran jingga oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) selepas mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celcius.

Imam-imam masjid di Perlis pada Jumaat lalu juga dilaporkan memohon doa agar hujan turun dan meredakan cuaca panas serta kering di negeri itu.

Kejadian hujan lebat itu turut dikongsi oleh pempengaruh media sosial Perlis, themadamnanie di akaun TikTok miliknya yang yang memaparkan suasana hujan lebat di Pauh dekat Arau.

Perkongsian klip video berdurasi 16 saat itu turut mendapat pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen bersyukur dengan hujan lebat yang turun selepas dua bulan tidak hujan.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/macam-tak-percaya-arau-hujan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061291 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list