CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4161|Reply: 0

Man United berisiko terlepas aksi Eropah

[Copy link]
Post time 25-3-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Pemilik Manchester United, Jim Ratcliffe turut memiliki kelab Perancis, Nice. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Manchester United mungkin tidak dapat beraksi di pentas Eropah musim depan selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengekalkan larangan kelab-kelab di bawah pemilik sama bersaing sesama sendiri.

Kelab-kelab di bawah satu bumbung masih boleh beraksi di Eropah sekiranya mereka menyertai kejohanan berbeza, tetapi dilarang berada dalam kejohanan sama serentak.

Nice, yang dimiliki Kumpulan Ineos milik Jim Ratcliffe, mungkin menjadi penghalang buat Manchester United untuk beraksi di pentas Eropah musim depan.

Bulan lalu, Ratcliffe mendakwa dia dimaklumkan oleh UEFA yang tiada masalah buat Man United untuk bermain di Eropah walaupun dia turut memiliki Nice.


Tetapi kini UEFA mengesahkan yang terdapat larangan ke atas kelab di bawah satu bumbung bersaing dalam kejohanan sama.

"Betul, Manchester United dan Nice tidak boleh bersaing dalam kejohanan sama. Mereka boleh menyertai kejohanan berbeza," kata sumber dari UEFA.

United yang menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris bakal menyertai Liga Europa musim depan, walaupun kelab Inggeris meraih tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan menerusi kejuaraan Eropah musim ini.

Bagaimanapun prestasi merosot Nice tahun ini bakal meranapkan impian United.

Mereka begitu selesa untuk layak ke Liga Juara-Juara di akhir Januari, sebelum deretan keputusan buruk dengan hanya satu kemenangan dalam tujuh perlawanan meletakkan Nice di tangga kelima.

Jika kedudukan United dan Nice kekal, kedua-dua kelab layak ke Liga Europa. Bagaimanapun mengikut peraturan, Nice akan mendapat laluan berdasarkan kedudukan lebih tinggi dalam saingan domestik.

Situasi itu akan berubah sekiranya United memenangi Piala FA, yang memberikan mereka kelebihan dan menghantar Nice ke Liga Konferens.

Perkara sama juga akan berlaku jika United dan Nice layak ke Liga Juara-Juara, pasukan yang berada di tangga lebih tinggi dalam saingan domestik akan terpilih, dan yang satu lagi akan tercicir ke Liga Europa.

Namun jika kedua-dua pasukan mengakhiri musim dengan kedudukan sama di peringkat domestik, United akan layak berdasarkan ranking England dalam senarai lima tahun UEFA. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... erlepas-aksi-eropah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055630 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list