CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4497|Reply: 0

[Sarawak] Masyarakat harmoni penting capai aspirasi 2030 Sarawak

[Copy link]
Post time 24-3-2024 08:22 PM | Show all posts |Read mode


Tiang (dua kiri) menerima cenderamata daripada Hii sambil diperhatikan yang lain.

SIBU: Masyarakat yang harmoni adalah penting untuk memastikan Sarawak dapat terus mengorak langkah ke arah mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, dalam menuju masa depan sedemikian akan ada banyak persaingan, justeru sangat penting bagi setiap perniagaan untuk berkembang maju dan menyumbang kepada ekonomi negeri.

"Namun di tengah-tengah persaingan ini, negeri kita juga perlu mempunyai masyarakat yang mampu bekerjasama dan mengeluarkan idea-idea baharu dan memajukan negeri lebih jauh lagi.

"Masyarakat yang mengambil berat dan menyokong satu sama lain mampu berkembang maju. Hanya melalui ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni," ujarnya ketika berucap merasmikan seminar sempena Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2024 di Institut Methodist Pilley (MPI) di sini, hari ini.

Tiang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan, inisiatif dan dasar bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Kita banyak bercakap tentang ekonomi digital dan ekonomi hijau. Kedua-dua ini sangat penting bukan sahaja untuk memacu Sarawak ke hadapan tetapi juga untuk memastikan Sarawak akan mempunyai masa depan yang mampan," jelasnya.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia, Tiang berkata sambutan bagi menghormati usaha gigih, komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan sosial dan dedikasi pekerja sosial untuk meningkatkan kehidupan individu dan komuniti.

"Pekerja sosial ibarat wira masyarakat yang tidak didendang, sering bekerja di sebalik tabir untuk membantu mereka yang paling lemah dalam kalangan kita.

"Mereka adalah peguam bela bagi mereka yang tidak boleh membela diri mereka sendiri, pejuang kesaksamaan dan hak asasi manusia dan tonggak sokongan bagi mereka yang memerlukan.

"Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, daripada kemiskinan dan ketidaksamaan kepada krisis kesihatan mental dan bencana alam sekitar, peranan pekerja sosial amat penting.

"Mereka berdiri di barisan hadapan, menawarkan belas kasihan, empati dan bantuan praktikal kepada mereka yang menghadapi kesukaran," jelasnya.

Tiang berkata, pekerja sosial mungkin tidak begitu popular seperti pakar perubatan, doktor, jururawat atau pembantu pegawai perubatan, tetapi tugas dan fungsi mereka tidak boleh dipandang ringan memandangkan kesan positif kepada masyarakat.

"Pekerja sosial adalah pemangkin kepada perubahan sistemik, mencabar dasar yang tidak adil dan menyokong pembaharuan yang menangani punca utama ketidakadilan sosial.

"Mereka adalah ejen pemerkasaan, membantu individu dan komuniti merealisasikan potensi penuh mereka dan membina masa depan yang lebih cerah.

"Semasa kita menyambut Hari Kerja Sosial Sedunia, marilah kita tidak hanya mengiktiraf pencapaian luar biasa pekerja sosial ini, tetapi juga mengesahkan komitmen kita untuk menyokong usaha penting mereka.

"Marilah kita berdiri teguh dengan mereka ketika mereka terus berusaha untuk mewujudkan dunia di mana setiap orang dilayan dengan maruah, rasa hormat dan belas kasihan," ujar beliau.

Empat penceramah iaitu Dr Teoh Ai Hua, Chew Siok Cheng, Dr Dolly Paul Carlo dan Dr Ling How Kee telah dijemput bagi menjayakan seminar terbabit yang dihadiri lebih 50 peserta.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Hii King Kai dan Kapitan Soo Teck Kee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069803 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list