CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7287|Reply: 0

[Sabah] Pelajar tajaan YBR mangsa kebakaran terima bantuan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Bantuan disampaikan kepada mangsa.

PAPAR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyantuni seorang pelajar tajaan yang baharu sahaja menerima tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) telah kehilangan harta benda di dalam kebakaran 10 buah rumah yang melibatkan enam buah keluarga telah mendapat perhatian YBR.

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, beliau terpanggil untuk melihat sendiri keadaan Norwardina, 21, yang telah kehilangan harta benda disebabkan oleh rumah yang tebakar pada 4 Mac yang lalu.

“Bantuan yang diberikan ini tidak mampu membantu mereka sekeluarga sepenuhnya, namun diharapkan sedikit sebanyak mengurangkan penderitaan yang perlu ditanggung untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta membeli keperluan dan peralatan persekolahan adik-adik yang baharu memulakan persekolahan pada 11 Mac,” katanya yang tampil sendiri menyampaikan sumbangan tunai di Kampung Laut Bongawan Sabah di sini, semalam.

Katanya, YBR amat prihatin dengan musibah yang dihadapi Norwardina dan keluarga yang yang kini hanya sehelai sepinggang akibat rumah mereka telah musnah dijilat api.

Beliau memohon agar mereka yang berada diluar sana tampil membantu mereka dalam bentuk bantuan tunai atau lain-lain kerana mereka amat mememerlukan.

Menurutnya, beliau amat terkejut dan terkesan apabila melihat sendiri rumah mereka telah hangus dan musnah serta tiada apa yang mampu diselamatkan.

"Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadan yang mulia ini dan juga mendapat lindungan dari Tuhan," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Norwardina berterima kasih kepada pihak YBR kerana sudi hadir untuk melihat sendiri keperitan yang dihadapi dan berasa amat bersyukur dengan bantuan yang disampaikan ini dapat membantu membeli peralatan persekolahan untuk adik-adik yang masih bersekolah serta meneruskan pengajian yang masih berlangsung.

Pada tahun 2023, YBR memperuntukkan lebih RM335,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list