CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7230|Reply: 0

[Sabah] 30,000 pelajar Sabah bakal terima manfaat BAKTI tahun ini

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar STPM yang ditemui semasa program itu.

MEMBAKUT: Dianggarkan seramai 30,000 pelajar Sabah akan menerima bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri menerusi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) tahun ini.

Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif berkata, angka yang dianggarkan itu melibatkan pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

"Dianggarkan dalam 30,000 pelajar SPM dan STPM akan mendapat manfaat ini di seluruh Sabah. Sebelum mereka menduduki peperiksaan mereka akan menerima RM200 setiap seorang menerusi BAKTI.

"Mudah-mudahan bantuan daripada kerajaan Negeri ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan itu nanti, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyantuni pelajar STPM di Membakut, kelmarin.

Seramai 63 pelajar iaitu 53 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut manakala 10 lagi dari SMK Membakut II menerima kunjungan daripada Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut di sekolah masing-masing.

Sempena lawatan ke dua-dua sekolah terbabit, Arifin menyampaikan ucapan ringkas kepada para pelajar dengan memberikan kata-kata semangat dan motivasi bagi mendorong mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Beliau turut menitipkan pesan kepada pelajar khususnya yang beragama Islam supaya berdoa dan beramal sempena dengan bulan Ramadan agar mendapat berkat sekaligus dipermudahkan urusan ketika menjawab peperiksaan kelak.

Arifin turut mengingatkan mereka khususnya pelajar supaya menjaga kesihatan diri masing-masing dan pada masa sama mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan tidak terjejas ekoran cuaca panas yang melanda ketika ini.

Pada majlis itu , Arifin turut menyampaikan sumbangan satu set alat tulis kelengkapan peperiksaan kepada setiap pelajar STPM.

Sumbangan itu katanya merupakan program tahunan yang dilaksanakan beliau sejak 15 tahun sebagai persiapan menduduki peperiksaan sekaligus memberi suntikan motivasi, selari dengan matlamatnya iaitu, 'Membangun Dengan Ilmu'.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.078832 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list