CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7394|Reply: 0

[Perlis] 550,000 pelajar dapat manfaat Kad MySiswa

[Copy link]
Post time 24-3-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode
550,000 pelajar dapat manfaat Kad MySiswa


Oleh Aizat Sharif - Mac 24, 2024 @ 9:39am  bhnews@bh.com.my




Zambry melancarkan Kad MySiswa pada program Semarak Ramadan KPT@unimap di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, semalam. Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli (empat, kanan). - foto BERNAMA




ARAU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam melancarkan secara rasmi inisiatif Kad MySiswa yang dulunya dikenali sebagai Kad Prihatin Siswa.

Hampir 550,000 pelajar di 20 universiti awam seluruh negara sudah mendapat manfaat penggunaan kad MySiswa itu sejak dilaksanakan Mac tahun lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pelancaran kad itu menepati matlamat KPT untuk memperkasa dan memartabatkan pelajar universiti menerusi transformasi kad matrik sedia ada menjadi sekeping kad pintar pelbagai fungsi.

"Antara kelebihan kad ini ia boleh menjadi kad debit bank, kad akses kepada kemudahan dan fungsi dalaman kampus yang bersepadu seperti sistem kehadiran, sistem perpustakaan malah ia turut dilengkapi dengan kemudahan e-dompet.

"Selain itu, Kad MySiswa akan berfungsi sebagai kad promosi dan diskaun yang melayakkan pemegangnya menikmati pelbagai tawaran istimewa, potongan harga serta rebat sama ada di dalam mahu pun di luar kampus," katanya selepas perasmian Semarak Ramadan KPT@ UniMAP dan Majlis Peluncuran Kad MySiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra, semalam.

Turut hadir adalah Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Menurut kenyataan media daripada KPT sempena majlis itu memaklumkan Kad MySiswa merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad selaku rakan strategik pelaksana.

Ia sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar menerima sumbangan, ia tetap tertakluk kepada sistem audit bagi memastikan tidak wujud penyelewengan pengurusan dana.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list