CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11413|Reply: 0

Bruma sarung jersi nombor tujuh Ronaldo

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Pemain sayap Braga, Bruma melakar nama dalam sejarah Portugal apabila menyarung jersi bernombor tujuh yang dikhaskan untuk Cristiano Ronaldo sejak tahun 2007. - Foto AGENSI

GUIMARAES, Portugal: Bintang baharu menjadi pemain kedua, selain Cristiano Ronaldo, menyarung jersi keramat nombor tujuh Portugal sejak tahun 2007.

Ronaldo, 39, direhatkan selepas bermain untuk Al-Nassr, walaupun namanya ada dalam senarai 32 pemain Portugal bimbingan Roberto Martinez untuk Euro 2024.

Ronaldo kini sedang bercuti bersama keluarga di Arab Saudi bagi mengelak sebarang kecederaan menjelang kejohanan di Jerman pada musim panas ini.

Portugal menewaskan Sweden 5-2 dalam aksi pemanas badan Euro 2024 di Estadio Dom Afonso Henriques, Guimaraes.

Tanpa bintang utamanya itu, Portugal berpesta gol dengan lima penjaring berbeza, termasuk pemain Manchester City, Matheus Nunes.

Pemain sayap Braga, Bruma melakar nama dalam sejarah Portugal apabila menyarung jersi bernombor tujuh yang dikhaskan untuk Ronaldo sejak tahun 2007.

Bruma tidak mensia-siakan peluang itu apabila menjaringkan gol keempat Portugal hasil umpanan Bruno Fernandes.

Ronaldo bagaimanapun dijangka akan kembali bersama skuad untuk perlawanan menentang Slovenia dan Bruma akan kembali memakai jersi bernombor 17.

Bintang AC Milan, Rafael Leao membuka jaringan untuk tuan rumah sebelum Nunes menggandakan kedudukan.

Fernandes meledak gol ketiga pasukannya sebelum membantu jaringan Bruma dan pemain Benfica, Goncalo Ramos mengesahkan kemenangan di awal babak kedua.

Dua gol Sweden dijaringkan Viktor Gyokeres dan Gustaf Nilsson. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ombor-tujuh-ronaldo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.164093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list