CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sekngucing

[2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]

  [Copy link]
Post time 19-3-2012 08:24 PM | Show all posts
Reply  cmf_king_kong

Aku kalau boleh memang nak tengok kat panggung sbb lebih puas
tapi aku dud ...
LuCkY-sTaR Post at 18-3-2012 07:12 PM



   team Bunohan taknak ke bawak wayang bergerak ke kelantan? show kat padang ke stadium ke........lagikan filem Negeri 5 Menara yg tgh meletop kat Indonesia ni pun diorang bawak layar tancap ke tempat2 yg takda panggung.....kenapa team Bunohan taknak wat gitu eh? kalau nak kira masih banyak tempat kat Malaysia yg belum tayang Bunohan ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 10:11 PM | Show all posts
Pak Hassan sudah bersuara

Tersesat Di Siang Hari - Hassan Muthalib
Email berikut dikirimkan kepada GUA oleh pengkritik filem terkenal, Hassan Muthalib, Karyawan Tamu di UITM merujuk kepada artikel BUNOHAN – KETEPIKAN SOSIOBUDAYA & BERPECAH BELAH yang telah disiarkan di sebuah portal berita hiburan pada Mac 17, 2012.

Inilah masalahnya apabila orang yang buat kritikan bukan bercakap pasal TEKS (iaitu, benda-benda yang berada dalam sesuatu filem), tetapi sebaliknya bercakap DI LUAR TEKS (perkara-perkara yang tidak berada dalam filem). Bila kita bercakap mengenai sesebuah filem, cakap hanya tentang apa yang dipaparkan dan samada ia dibina dengan berkesan atau tidak berdasarkan naratif, dan paling penting, bersandarkan NAWAITU (subteks) pengarahnya. Untuk ini, lihatlah kepada CINEMATIC REPRESENTATION dan bukan dari aspek ugama, sosiologi, komunikasi atau pun antropologi, Itu namanya sudah sesat jalan!

Pengkritik-pengkritik ini tidak tahu bahawa REALITI DI DALAM FILEM mempunyai logik dan undang-undang tersendiri dalam diegesis filem itu, dan ianya tidak boleh disamakan dengan realiti yang kita kenal. (Pengarah akan membuat selection dan  ellipsis, iaitu, MENGAMBIL APA YANG DIKEHENDAKKINYA dan TINGGALKAN apa yang tidak difikir perlu. Itu hak dia sebagai seorang karyawan.) BUNOHAN sebenarnya memaparkan ‘psychic reality’ dan disandarkan kepada alam Melayu (yang sedang ‘dibunuh’ oleh para kapitalis). Saya hairan bagaimana mereka yang berkata mereka dari Kelantan tidak tahu bagaimana Dain Said menggunakan elemen-elemen yang terdapat dalam budaya Melayu Kelantan, iaitu, makyong dan main peteri. Budak kecil itu adalah perantara (seperti Tok Peteri), yang membolehkan roh Mek Yah berhubung dengan bekas suaminya. Mek Yah ‘hadir’ untuk mengingatkan Pok Eng bagaimana dia (Mek Yah) pernah menasihatinya agar tidak berkahwin dengan perempuan lain kerana itu akan membawa musibah. Ternyata ramalannya sudah menjadi kenyataan. Baka yang dibawa ternyata baka yang buruk yang akhirnya akan membunuh bapanya sendiri kerana wang sudah menjadi kiblatnya.

BUNOHAN bukan mengenai saka. Ia mengenai harta pusaka. Harta pusaka dalam BUNOHAN sebenarnya bukan tanah. Itu adalah FOREGROUND STORY (teks). BACKGROUND STORY (subteks) adalah tentang ilmu kebatinan yang sudah menjadi warisan orang-orang Melayu Kelantan yang akan berakhir dengan Mek Yah (dan Pok Eng). Ilham hampir mewarisinya (lihat bagaimana Dain Said menampakkannya ini secara SINEMATIK dalam adegan ia disentuh dan diubati oleh roh ibunya, dan kemudian, dikelilingi burung-burung. Seekor burung Kenyalang berhadapan dengannya seakan mahu membawa Ilham ke alam ghaib, yang juga menjadi petanda bahawa masanya di dunia sudah hampir tamat).

Budak kecil itu bukan saka. Persoalan yang bangkitkan oleh Dain Said ialah, budak itu begitu berminat dengan wayang kulit (dan dihalau oleh Bakar), tetapi apakan daya. Segalanya akan musnah. Dia belum sempat menerima ilmu itu. Yang sepatutnya menjadi guru budak ini, dibunuh oleh anaknya sendiri. Mengapa Dain Said menunjukkan tomoi? Itu seni orang asing. Sudah terang, disuluh tetapi masih kabur nampaknya bagi para pengkritik. Bapa Adil seorang dalang wayang kulit. Sepatutnya anaklah yang akan mewarisi seni bapanya. Sebaliknya anak terpaksa berhijrah ke negara asing dan menjadi semacam orang asing di sana. Inilah nasib ramai anak-anak pada hari ini yang sudah melupai seni dan tradisi bangsa sendiri. Lihat bagaimana Dain Said menampakkan ini di awal cerita apabila dua orang kampong, tukang memulih semangat, berjalan ke gerai untuk menunggu Pok Wah. Di kanan frame terdapat sekumpulan remaja dengan motosikal mereka Di kiri, dua remaja bermain gitar. Yang di kiri – rujukannya adalah kepada remaja Melayu masakini yang suka merempit. Yang di kiri – mereka yang suka pada hiburan dari Barat. Inilah antara tanda-tanda yang disusun oleh pengarah dalam sesebuah filem yang berkaitan dengan apa yang nak diperkatakan secara tersirat di dalam filem.

BUNOHAN bukan filem yang boleh dirujuk di segi sosiologi, komunikasi atau pun antropologi. Di sinilah kesilapan para sarjana kerana mereka tidak ada pengajian filem yang sebenar dan tidak pula tahu aspek-aspek 'film hermeneutics'. Fahaman sebenar tentang filem bukan datangnya dari buku-buku yang bertimbun di perpustakaan. Jangan dijadikan buku sebagai sandaran tetapi hanya sebagai rujukan. Ilmu sebenar berada di mulut guru. Seperti seni warisan bangsa turun temurun, falsafah dan pemikiran waras adalah harta pusaka yang tidak ternilai dan diturunkan dari guru kepada murid. Manakah guru-guru dan murid-murid sebegini di zaman manusia mengejar ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’? Apabila manusia asyik mengejar pangkat, darjat, pembangunan dan kemewahan, segala elemen kebatinan yang terdapat pada orang-orang Melayu (seperti satu masa dahulu) akan musnah dan hilang dari bumi Melayu.

Pada saya, inilah hikmah di sebalik kata-kata: ‘”Takkan Melayu hilang dari dunia.” Pada saya, inilah nawaitu (dan harapan) Dain Said dengan naskahnya, BUNOHAN. Nabi, s.a.w., pernah bersabda: “Seseorang itu lebih daripada orang lain hanya kerana ilmunya.” Jika tidak memahami sesebuah filem, masalahnya bukan berada pada naskah tetapi kepada yang menontonnya.

Apa kan daya, sudah terang tetapi perlu disuluh lagi. Semakin maju dan semakin berpelajaran kita, semakin jauh dari sasaran. Inilah nasib bangsa yang sudah kehilangan segala-galanya yang diperkatakan dalam BUNOHAN.

Wallahualam.

Nota: GUA difahamkan filem lakonan Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Tengku Azura, Nam Ron dan ramai lagi ini baru mengutip sekitar RM400,000 dari segi kutipan pawagam. Filem arahan Dain Said itu masih ditayangkan di 40 pawagam terpilih seluruh Malaysia. Sementara itu pengedar filem Amerika Syarikat, Oscilloscope Pictures telah berjaya mendapatkan hak pengedaran di Amerika Utara untuk filem Bunohan.

http://www.gua.com.my/hiburan/be ... assan_Muthalib.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 11:04 PM | Show all posts
team Bunohan taknak ke bawak wayang bergerak ke kelantan? show kat padang ke stadium ke.... ...
cmf_GAIA Post at 19-3-2012 20:24

kat trg pun.... kat kuala trg pun takde panggung..... mujur ambo kat kl...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:02 AM | Show all posts
dah tgk..

kompleks cete ni..byk gak metafora tak bape nak faham..

walaupun kisahnya simple jer...

haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:32 AM | Show all posts
rupa brutal mcm tul penyunting skrip gituh.... kelasss...
dino Post at 13-3-2012 14:06



   
mamat Jolok nie aku 1st time nampak dia masa dlm drama Sorok Bau Budu..
drama dlm bahasa kelantan gak...
best gila drama nie..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 02:02 AM | Show all posts
jolok dari segi slanga beliau saya yakin beliau pure kelantanese.sebab pelakon2 yg bukan pu ...
Changa Post at 12-3-2012 09:54



   sy pun yakin dia pure kelantan...
berdasarkan drama sorok bau budu..dia berlakon itu hari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 02:06 AM | Show all posts
pelakon Jolok tu mcm penah tgk belakon kat tv. tajuk cerita aku tak ingat.. yg aku ingat zulhu ...
archilless Post at 12-3-2012 13:06



   cete sorok bau budu..
tetiba terasa mcm aku nie promoter jolok pulak..hahhaha...

habis semua komen aku ckp mamat nie berlakon dlm drama sorok bau budu..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 02:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syik_Gojet at 20-3-2012 02:32

setelah baca komen korg nie...

aku rasa mcm kena tgk 2nd time jer...

baru aku betul2 faham cete nie....saja sebelum p tak baca review sbb nak surprise

perghhhhhhhhhh...

spoiler:
baru aku faham kenapa muka Mek Yah mcm menggerutu time kt paya..ditambah dgn ada buaya  dlm part mimpi dan cara dia kuar tiba2 dari air..rupanya dia tu buaya bunian...padan la sapa tah nama dia, y org ubati Adli ckp y mak dia tu ada cara tersendiri, manusia nie bila tak faham sesuatu perkara akan jadi takut dan jadi benci... baru logik, Mek Yah tu buaya jadian, for sure la org takut...
baru aku faham nape la budak kecik tu semacam jer..rupanya pengantara saka Pok Eng..
baru aku faham nape part last ada ckp nak main puteri..sbb nak ubati budak tu la kot..
baru aku faham nape part awal2 kt tv ada tunjuk gambar pelakon dok sembang2..rupanya cara pengarah nak kenalkan pelakon..

ada lagi tak bape nak faham..terutama part burung dok ckp dgn Ilham..

apa2 pun sinematografi sgt cunssssssssssssssssssssssssssssssss

sejujurnya pas kuar dari wyg jiwa aku rasa berat mungkin sbb cete nie gelap..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 02:38 AM | Show all posts
part Ilham bunuh sgt real..

aku jadi seram..tutup mata time tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:38 PM | Show all posts
salah satu sebab aku malas nk tengok cite berat2 kt panggung adalah kerana akan ada ramai monyet2 yg buat bising kononnya tk paham, bersembang sbb dh tk pokus kt cerita.
secara peribadi environment terbaik utk aku tgk cerita mcm ni adalah di rumah bersendiri antara aku dan tv.
tp sebab nk bagi sokongan punya pasal,aku pegi tgk semalam d alamanda.dan seperti yg aku sangkakan,mmg ada monyet2 tersebut.rasa mcm nak bagi kaki..
so pada rakan2 sekalian,kt mana agaknya pawagam sekitar kl ni yg audien nya appreciate suasana menonton di panggung.sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:49 PM | Show all posts
ada masa aku nk pegi.kwn plak xde nk temankan aku
pelik plak kalu aku sengsorg g nengok
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 02:01 PM | Show all posts
salah satu sebab aku malas nk tengok cite berat2 kt panggung adalah kerana akan ada ramai monyet2 yg ...
saudagar_mimpi Post at 20-3-2012 13:38


Hehehe...cuba lah panggung GSC Signature....tapi tak tau la cite ni ada tayang ke tak kt sana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 02:05 PM | Show all posts
masa tgok cite ni..awal2nya terpegun dgn cinematography yg sgt comey...masa2 scene awal2 kt kdai kopi tuh dah rasa bangga filem kita mcmni punya hebat...tp lama2 jadi gelisah...dialog2 loghat kelantan makin lama makin nmpk kelemahanya..watak adil&mekyah dialog loghat kelate brp byk yg kantoi...jolok lain lah mmg org kelate,tp ada jgk yg dia salah guna...masa scene adil gocoh (btumbuk)kt kapal tu,jolok ada sebut..."Sapo nok bertaruh?!"...mano ada org kelate sebut bertaruh/taruh?????yg patot adalah "Sapo nok TAGE'?"...itupon dgn tonasi yg btol..dr segi dialog mmg dah spoil juga dr segi tonasi yg byk jgk yg salah.......sbg org kelate,aku rasa sikit sakit hati ble dgr dialog22 tuh.....
Masa tgok cite ni,member sebelah dh tido...member lagi seblah asyik tnya itu ini....xpaham..bkn sebab loghat walapon membr aku org johor yg fasih bkecek kelate sebab byk persoalan yg myiksa jiwa..
1lagi aku xpaham...kenpaa byk scene yg dorg isap rokok??...bagi aku mgkin utk mnunjukkan jiwa 'gedebe' yg mmg seakan xdok dlm jiwa adil & ilham.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 02:52 PM | Show all posts
sejujurnya Film ini bukan utk hiburan....

film ni sesuai utk dijadikan 'text book ' atau reference utk degree dlm perfilm etc

jugak memang sesuai utk dipertandingkan kerana dr segi kesenian..ia tinggi...tp jgn berharap utk mendapat sambutan penonton...rata2 penonton panggung nak menonton hiburan...bukannya satu cerita berbentuk ilmiah sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 02:25 AM | Show all posts

Hmmm...

masa tgok cite ni..awal2nya terpegun dgn cinematography yg sgt comey...masa2 scene awal2 kt kdai kop ...
kekrekoke Post at 20/3/2012 14:05




Aku pong awal awal lagi terpegun ngan cara cinematography yang bertaraf antarabangsa tu bagi aku... Dah masok bab cakap tu aku agak dah citer ni mesti lebih kurang jer ngan citer Jogho arahan Uwei satu ketika dahulu... Jadi dah boleh agak dah sesiket hala tuju filem tu camne...

Pepe pong aku setuju ngan HARISBEE yang filem camni adalah bukang filem untok kutip duit... Tapi filem macam ni memang filem yang kelas... Walaupong jalan citer dia tidak sekemas cam Jogho tapi aku harap filem ni mampu menang kat Festival Filem Malaysia nanti...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 10:58 AM | Show all posts
http://my.entertainment.yahoo.com/news/empati-bunohan-terhadap-orpheus--atau-sebaliknya-.html

Empati Bunohan Terhadap Orpheus (Atau Sebaliknya)By Aryan Arjuna | Yahoo Newsroom – 19 hours ago





   
    "Bunohan" wins at Taipei Film Festival

Ketika filem tempatan dilambakkan dengan cerita yang meraikan kebodohan, 'Bunohan' muncul membawa impak besar. Pemikiran peminat filem tegar di negara ini telah ditawan. Kehadiran sebuah filem yang memenuhi piawaian untuk dinobatkan sebagai sebuah filem yang benar-benar filem bukan sahaja merangsang suatu tengadah, malah terus dilabel sebagai penanda aras sinema tempatan. Usai tayangan perdananya tempohari, bermacam pandangan dilontarkan oleh penonton yang terdiri daripada kelompok penggiat filem, para selebriti, cendekiawan filem, pegawai-pegawai badan kerajaan berkaitan filem, individu-individu yang menggelarkan diri sebagai pengkritik filem, pengulas-pengulas filem, penulis-penulis blog, wartawan-wartawan hiburan, juga peminat-peminat poster pin-up yang kelihatan gigih mengumpul tandatangan selebriti. Beberapa orang politik dari faham politik berbeza juga turut hadir.  

Variasi pandangan merumuskan 'Bunohan' sebagai sebuah filem yang baik. Ada yang mengangkatnya sebagai filem terbaik Malaysia, yang kemudiannya disambung oleh seseorang yang lain dengan penyataan ‘..sekurang-kurangnya sejak dua dekad lalu’. Ada yang mengatakan 'Bunohan' adalah satu anjakan paradigma dalam sinema Malaysia. Namun terdengar pula desas-desus bahawa ramai penonton dihanyutkan ke alam kebuntuan sewaktu menonton filem ini. Faham akal mereka gagal menghadam naratifnya. Akan tetapi alir rasa yang terbit dari keindahan fotografi yang berjaya menterjemah rasa alam serta rasa yang terbit dari kekuatan lakon dapat pula mereka rasai setelusnya. Maka, lihat – dan kenali akan perbezaan menonton menggunakan mata fikir dan menonton menggunakan mata rasa. Kedua-duanya harus dikuasai. Dengannya kita mudah menyelinap ke dalam cumbu-goda estetika sesebuah filem.

EKSKLUSIF: Di sebalik tabir filem 'Bunohan' (Part I)
EKSKLUSIF: Di sebalik tabir filem 'Bunohan' (Part II)
Misteri mistik di sebalik filem 'Bunohan'


Biarpun 'Bunohan' membangkitkan kekaguman, melegar-legarkan keasyikan dan mengiang-ngiangkan kesyahduan, pada masa sama ia sebenarnya sebuah gelanggang sabung buat kita. Sutradaranya Dain Said sengaja mengatur perlawanan antara penonton dengan filem ini. Kita dipaksa menerima tipu muslihat kehidupan begitu sahaja. Akan timbul ketidakpuasan hati akibat pemaksaan ini yang kemudiannya membangkitkan rasa kecewa. Kekecewaan ini dibiarkan tanpa rawatan. Tidak ada saranan pergantungan terhadap yang lain di sini. Wujud Tuhan seolah dinafikan. Maha Kuasa dilumpuhkan oleh pengasingan-pengasingan dan setiap watak dihantar ke dalam kesendirian yang tragis. Meminjam empati terhadap Orpheus, 'Bunohan' adalah melankolia kehilangan.  

Mari kita tembusi alam ghaibnya pula. Komunikasi antar-alam berlaku secara langsung meskipun menggunakan bomoh sebagai perantara. Alam jin merupakan alam ghaib yang paling dekat dengan alam manusia. Apabila kelibat Mek Yah sebagai buaya putih diperlihatkan kepada kita, Dain telah membawa kita mengintai ke alam jin. Di situ kita sebenarnya boleh bertemu Mek Yah kerana dia belum mati. Ilmu buaya putih adalah salah satu cabang ilmu kebatinan yang digunakan untuk perbomohan, menjaga keselamatan diri dari onar musuh, juga bagi meningkatkan keterampilan. Pengamal ilmu ini akan tertakluk kepada perjanjian dengan jin. Dia akan mati dua kali. Mati kali pertama bukanlah sebenar-benar kematian tetapi sekadar berpindah alam. Kehidupan diteruskan pula di alam jin. Kematian di alam jin itu nanti baharulah kematiannya yang sebenar.



Kenapa Dain bercerita tentang Mek Yah dan buaya putih ini? Mari lihat kecenderungan paling besar dalam 'Bunohan'. Ketika kita diasyikkan oleh garis-garis horizontal dan vertikal yang dibina seawal cerita, kita patut sedari bahawa kisah tiga beradik berlainan status itu sebenarnya bermula dalam televisyen. Kisah tiga beradik itu hanyalah sebuah pola rekaan yang difungsikan sebagai transportasi kepada maksud tujuan Dain. Mereka itu kepada Dain samalah seperti patung-patung wayang kulit kepada Pok Eng. Dain sebenarnya lebih tertarik kepada lapisan realiti. Demikianlah 'Bunohan' dibentuk – sebagai cerita di dalam cerita – supaya kesedaran terhadap lapis realiti ini dapat terdaftar ke minda penonton. Setelah itu penontonan akan menjadi mudah. Untuk menebak maksud tujuan filem ini, bukanlah dengan menghayati ruang positifnya, tetapi dengan meneroka ruang negatifnya.

Syabas dan terima kasih tentunya buat Dain Said, Nandita Solomon, dan seluruh warga kerja 'Bunohan' kerana berjaya menghadirkan sebuah filem yang sebegini filem kepada khalayak tempatan. Walau dikata gagal dalam pengawalan antropologinya, gagal mengangkat puisi kehidupan sebenar ke layar, dan naratif yang tidak linear menguji akal sehingga menyemakkan dan menyakitkan kepala, 'Bunohan' sebenarnya telah menjawab kesemuanya. Sekadar menonton rupa bentuk sesebuah filem dan kemudiannya disibukkan dengan pemakaian dan aksesori semata-mata bukanlah pengalaman yang menggiurkan. Semoga dapat dimengerti bahawa ada yang tidak terlihat di sebalik yang terlihat. Lihatlah yang tidak terlihat itu.  

Pinjam kembali empati terhadap Orpheus - tentang anugerah yang diambil pergi, tentang kehilangan sesuatu yang peribadi. 'Bunohan' adalah tragedi kehilangan dan pencarian demi pencarian yang tidak berkesudahan. Atau barangkali babak Mek Yah berjalan menuju ke arah kita dengan berlatarbelakangkan piramid itu adalah kesudahannya? Tanya iman kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 12:31 PM | Show all posts
"Bunohan" rights bought by USCinema Online – Mon, Mar 19, 2012 2:02 PM SGT





   


   

Fairus Joshi Ruslan read this

19 Mar – Having received much critical acclaim in the Toronto International Film Festival and finally premiering in his home country of Malaysia, Dain Iskandar Said's "Bunohan", which is translated to "Return to Murder", has been picked up by Oscilloscope Pictures for US distribution.


However, this is not the first US involvement that the action drama has seen. "Bunohan" was in fact, produced by US's Convergence Entertainment and Malaysia's Apparat.
Oscilloscope is known for its knack of selecting films with decent Oscar potential, which are mostly English-language films, although it has previously handled foreign-language titles as well. Some of the latter titles are the Asia-themed documentary "Burma VJ" and South Korea/US co-production "Treeless Mountain".
Dain is currently attending the Hong Kong FilMart and Hong Kong Asia Film Financing Forum (HAF) this week, in order to promote his new project, "(Un)Making the Betrayal", for financial backing.
"(Un)Making the Betrayal" is a documentary that chronicles the stories of the people of 1965 Indonesia whose lives were scarred by "The Betrayal", a propaganda film commissioned by General Suharto, thus "un-making" the film.

"Bunohan" was released in Malaysia on 8 March, and is still showing in cinemas.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 12:32 PM | Show all posts
Sonamu grabs Malaysia’s Bunohan for Korea

20 March, 2012 | By Liz Shackleton

                                                                                                                        
Korea’s Sonamu Pictures has acquired action drama Bunohan, directed by Malaysian filmmaker Dain Iskandar Said, from Easternlight Films.

The film, which premiered at last year’s Toronto International Film Festival, was produced by the US’ Convergence Entertainment and Malaysia’s Apparat. It was previously sold to Universal Pictures for a slew of territories including the UK, Germany, France, Australia and New Zealand.

Oscilloscope Pictures recently picked up North American rights to the film, which were handled jointly by Easternlight and LA-based sales agent Traction Media.

Convergence also announced that Hong Kong actress Kara Hui will star in supernatural horror feature Nuptials Of The Dead, written and to be directed by Maya Lim. Hui won best actress at the 2009 Golden Horse Awards and the 2010 Hong Kong Film Awards for her role in At The End Of Daybreak.

Nuptials Of The Dead, which will also star Collin Chou, is scheduled to start shooting in Kuala Lumpur in August. Based on a short that Lim wrote and directed, the Chinese-language feature revolves around the concept of the ancient Chinese practice of ‘Ghost Marriages’.

Convergence is co-producing Nuptials with Apparat and Lee Tae-Hun of Korea’s Opus Pictures serves as executive producer. Distribution Workshop is handling international sales.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 01:21 PM | Show all posts
aku ada sikit kemusykilan nk tanya..
adil dan ilham adalah sedara kandung kan? ibunya mek yah.
bakar pula dari mek ani..mek ani bini muda.
pok eng ni kawin ngn mek ani lepas diceraikan mek yah?
adil anak luar nikah..maka perselingkuhan tersebut berlaku ketika kawin dengan mek ani la begitu? pok eng selingkuh denge jandanya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply 279# saudagar_mimpi


    Tepat sekali.. Adil anak pok eng ngan mek yah.. lepas bercerai.. Mek Ani yang jaga Adil tapi tak bagi adil panggil dia mak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.071718 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list