CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25026|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelajar maut dipukul: KPWKM hantar kaunselor bantu keluarga

[Copy link]
Post time 23-3-2024 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar maut dipukul: KPWKM hantar kaunselor bantu keluarga

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

23 Mac 2024 09:16pm








Laporan Sinar Harian pada Sabtu.




GEORGE TOWN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan yang dihadapi keluarga seorang pelajar kolej vokasional di Sabah yang ditemui mati dipercayai akibat dibuli.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu adalah prosedur biasa yang akan dilakukan pihaknya bagi menyantuni keluarga yang ditimpa musibah.



Menurutnya, KPWKM mempunyai ramai kaunselor berpengalaman di seluruh negara dalam mengendalikan sesuatu kes yang terjadi bagi membantu dari aspek emosi mereka.

"Itu memang prosedur biasa (lawatan kaunselor) sekiranya terjadi sesuatu dan kita akan menyantuni keluarga yang terlibat.



"Malah kita mempunyai ramai kaunselor yang mempunyai kemahiran serta kepakaran masing-masing diseluruh Malaysia dan mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan kes-kes tertentu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Sinar Ramadan Kumpulan Sunway di sini pada Sabtu.


Nancy (empat dari kanan) bersama tetamu khas lain memasak bubur lambuk sempena Program Sinar Ramadan Kumpulan Sunway yang diadakan di Wisma Anak-Anak Yatim Perempuan Pulau Pinang, di Jalan Scotland pada Sabtu.




Hadir sama, Naib Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman Hashim dan Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim), Tan Sri Mohd Yussof Latiff.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.




Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi dan dipercayai dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional di Sabah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061035 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list